SSPN-I / SSPN-I Plus VS Takaful Pendidikan

Kenapa saya lebih rekomen SSPN-I / SSPN-I Plus berbanding takaful pendidikan?
– Bahagian 1

Semalam saya kongsikan status ini dan ramai yang berminat utk tahu.

Begini Tuan-Puan, dalam merancang keperluan takaful untuk sesebuah keluarga, ini step by step yang perlu dilakukan:

1. Pertama sekali, pastikan income protection yang mencukupi untuk ketua keluarga, iaitu ayah.

2. Jika isteri bekerja, pastikan cukup juga income protection untuk isteri.

Kenapa? Jika berlaku musibah kematian, lumpuh, sakit kritikal ke atas salah seorang suami / isteri atau ibu / ayah, akan memberi kesan kepada seluruh ahli keluarga. Hilang punca pendapatan mereka, maka kewangan keluarga akan terjejas teruk.

Bagaimana dengan medical card? Baca sampai habis.

3. Selepas complete income protection untuk ibu bapa tadi, barulah boleh pertimbangkan untuk medical card bagi sesuai keluarga. Sesuaikan dengan harga bajet kewangan dan keperluan.

Kenapa? Sebab, sekiranya tak ada medical card, masih ada option untuk ke hospital kerajaan sebagai alternatif.

Tapi kalau tak ada income protection, apakah alternatif yang ada? Itulah sebabnya saya utamanya income protection berbanding medical card.

Jadi, bagaimana dengan takaful pendidikan?

Baik, pertama sekali apakah tujuan takaful pendidikan? Fungsi takaful pendidikan adalah untuk menyimpan dana pendidikan untuk anak dalam masa sama ada perlindungan terhadap dana tersebut.

Saya permudahkan fungsi takaful pendidikan dalam bentuk point;

+ Menyediakan simpanan untuk dana pendidikan.
+ Memberi perlindungan terhadap dana tersebut.

Selalunya polisi takaful pendidikan disertakan dengan rider payor iaitu manfaat sambung bayar sekiranya berlaku musibah terhadap pembayar yakni ibu atau bapa si anak.

Bagi mereka yang sudah cukup step no 1 hingga no 3, tak ada masalah untuk melanggan takaful pendidikan jika ada bajet.

Tapi masalah besar kalau terus melanggan takaful pendidikan tanpa memenuhi keperluan takaful untuk fungsi income protection dan medical card.

Cuba baca kisah di bawah. Ia adalah berdasarkan sebuah kisah benar:

Seorang lelaki meninggal dunia, meninggalkan balu dan beberapa orang anak. Arwah pernah mengambil polisi insurans (ketika itu takaful belum luas seperti sekarang) ketika hayatnya, tetapi polisi yang diambilnya adalah polisi insurans pendidikan untuk anaknya.

Sekali imbas, seolah-olah tiada masalah yang timbul kerana beliau telah mengambil polisi insurans. Sebenarnya di sinilah masalah telah timbul kerana polisi yang diambilnya adalah polisi untuk anak-anaknya bukan untuk dirinya sendiri.

Rata-rata plan insurans dan takaful pendidikan lebih menumpukan perlindungan yang berbentuk “manfaat pengecualian caruman pembayar”. Manfaat ini bermaksud; apabila pembayar polisi iaitu ayah atau ibu ditimpa musibah (sakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia), caruman bulanan yang sepatutnya dibayar akan dikecualikan.

Maka dalam cerita di atas, manfaat yang diperolehi oleh keluarga si mati hanyalah manfaat pengecualian caruman sahaja! Sekiranya dia memiliki 3 orang anak (saya tidak ingat jumlah sebenar anak si mati), dengan polisi insurans dengan caruman RM 100 seorang, bermakna caruman berjumlah RM 300 untuk ketiga-tiga polisi akan dikecualikan.

Walhal, dengan caruman berjumlah RM 300 sekiranya dia ambil untuk dirinya sendiri, keluarga tersebut layak menerima pampasan kematian sekurang-kurang RM200,000 ke RM500,000 (bergantung kepada umur), malah lebih daripada itu sekiranya dia mengambil ketika muda lagi. Lebih malang lagi, anak-anaknya kesemuanya masih bersekolah rendah dan tempoh matangnya masih jauh.

Jangan terus percaya dengan apa yang saya tulis.

Semak balik polisi takaful yang anda langgan, dan tanya balik diri sendiri beberapa soalan ini:

1. Andai kita meninggal dunia, jatuh sakit, lumpuh – apakah manfaat yang polisi-polisi ini berikan kepada kita?

2. Jika kita melanggan polisi takaful pendidikan tanpa income protection, apakah manfaat yang bakal keluarga kita perolehi?

3. Jika kita sebagai isteri, mana yang lebih kita perlukan seandainya suami meninggal dunia: syarikat beri pampasan RM300,000 atau syarikat sambung bayar polisi RM300 sebulan?

Insya Allah saya akan sambung di bahagian kedua jika ramai yang berminat.

LIKE | KOMEN | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi

Join Telegram Channel utk ilmu kewangan PERCUMA

Kalau nak buka akaun SSPN-I, klik di sini

UPDATE: Saya dah sambung Bahagian ke-2. Baca di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi