fbpx

Kisah Seorang Isteri Ingin Hibahkan Semua Pada Anak-Anak, Bukan Pada Suami

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 413Words
  • 377Views

Dipetik dari FB Noraini Othman

Konflik dalam rumahtangga ini memang berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Nampak di luar bagai air tenang tiada buaya. Bagai kanser membusuk dalam diam.

Mahu diluah mati emak, mahu disimpan mati bapa. Entah sampai bila mahu bertabah.

Antaranya berhutang sesama suami isteri. Biasanya tanpa hitam putih tanda sayang, tanda pengorbanan katanya. Namun kian lama hilang sayang, hilang pengorbanan, yang dapat hanya amarah apabila diungkit pasal hutang.

Wanita ini awal 40an memiliki raut wajah cantik, cerah mulus, lembut, bahagia namun disebalik raut wajahnya terpendam sesalan berkahwin lagi lantaran pengorbanan disia-siakan oleh suami baru. Pasti saat melayarkan perkahwinan kedua untuk memiliki bahagia namun hampa.

Lalu wanita jelita ini bertekad mahu membuat hibah semua harta hanya kepada ibu dan 3 orang anak-anak perempuan yang bawah umur.

Hartanah berbelas ekar pasti menjadi sasaran suami.

Anak-anak pula masih bawah umur.

Wang KWSP juga tidak mahu diberikan kepada sang suami.

Kita boleh rasa betapa pedihnya hidup wanita ini sehingga 1 sen pun tidak mahu diberikan hak faraid terhadap suami baru ini.

Emas dan wang ringgit jadi gadaian.

Betullah kata orang, tatkala diuji begini hanya keluarga terdekat orang dipercayai dan sokongan keluarga sangat penting. Jangan pernah ketepikan keluarga dalam apa-apa urusan ya, buruk padahnya dunia akhirat.

Dokumen hibah amanah boleh bantu wanita tabah ini merialisasikan hasratnya.

Ibu tersayang boleh dilantik sebagai pemegang amanah dan hak anak-anak akan diserahkan ketika anak-anak telah berumur 18 tahun.

Dalam dokumen lain boleh juga dinyatakan secara jelas jika ada yang berhutang dengan kita walaupun tanpa bukti hitam putih.

Wah, nampak macam boleh tulis sesuka hati. Tapi ada ke orang yang prepare nak mati masih lagi mahu berbohong sedangkan kita tahu inilah antara persediaan terakhir sebelum meninggal dunia. Kita semua tahu siksa kubur itu benar, Syurga Neraka adalah benar.

Namun begitu, saya sudah pun memberi cadangan bagaimana mahu dapatkan bukti, tinggal wanita ini mahu teruskan @ tidak.

Saya sendiri merekodkan semua hutang nafkah tertunggak bekas suami samada dalam perintah mahkamah dan yang sebelum perintah mahkamah berjalan.

Saya juga ada beritahu adik beradik sebelah bekas suami perihal ini. Jika bekas suami meninggal dunia terlebih dahulu, maka saya akan tuntut semua hutang-hutang saya yang tertunggak.

Saya kepilkan bersama pesanan-pesanan lain dalam dokumen rasmi.

Apabila khutbah wasiat dibacakan oleh tenaga mahir, InsyaAllah hasrat si mati akan tertunai.

Oleh sebab itu perlu memastikan kita buat pesanan @ hibah dengan syarikat yang betul.

Wanita kena berani, wanita kena bijak, wanita kena kuat supaya tidak diperkotak-katikkan oleh suami durjana.

Noraini Othman
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tips Untuk Pastikan Claim Takaful / Insurans Ditolak 1. Jangan…