Konsert demi konsert: Tahun terbaik nasyid selepas sekian lama

  • 2Minutes
  • 226Words
  • 11Views

Dua tiga bulan ini berderet kumpulan-kumpulan nasyid umumkan tarikh-tarikh konsert mereka

Tahun 2025 ini menjadi tahun kebangkitan semula genre nasyid. Seingat saya, tak pernah lagi tarikh-tarikh konsert diumumkan rapat-rapat begini.

Mula-mula kumpulan InTeam umumkan Konsert Kasih-Kekasih. Tiketnya habis dalam masa 2 jam! Disebabkan sambutan luar biasa, mereka terpaksa tukar ke lokasi lebih besar.

Kemudian, Rabbani pula umumkan Konsert Intifada. Buat julung kalinya mereka adakan konsert mega selepas lebih 30 tahun dalam industri.

Tak cukup dengan itu, kumpulan Deevotees pula akan buat showcase istimewa. Kesemua ahli asal bakal kembali setelah 20 tahun bersama.

Dan terbaru… Kumpulan Mestica umumkan konsert Di Sini Bermula. Hati para peminat nasyid pasti berbunga-bunga.

Tidak masuk lagi Maher Zain!

Fuhhh… Lain maciam aura nasyid kali ini.

Apa agaknya yang bakal terjadi kalau kumpulan nasyid legenda lain turut kembali ke pentas?

Bayangkan Raihan bergabung kembali dengan Nazy Johani. Ia tentu bakal mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan Puji-pujian mereka.

Atau Brothers, jika dapat tampil semula bersama Yasin Sulaiman. Nama beliau sudah bersih, dan kini tiba masanya untuk kembali bersinar.

Hijjaz pula, tak ada halangan besar. Tidak sukar untuk mereka tampil bersama vokalis hebat mereka, Afyan, eh Munif Ahmad.

Dan satu lagi kumpulan nasyid… Yang ini, tak tahu nak letak harapan tinggi atau tidak.

Tengoklah sendiri gambar terakhir tu dan kemudian berikan komen

Afyan Mat Rawi

Peminat nasyid sejak zaman Nada Murni dan The Zikr

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Siapa tuan rumah dan siapa nak menyewa sebenarnya ni? Lain…