Kontroversi filem La Luna
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/filem-la-luna.jpg?resize=282%2C353&ssl=1)
Kecoh pasal filem La Luna yang memaparkan orang berpewatakan agama tapi berperangai tak senonoh.
Rilek aaa. Jangan la sentap sangat.
Katanya penerbit hanya memaparkan kisah realiti.
Selepas ini, semoga ada penerbit filem lain yang berani buat kisah kerjaya-kerjaya lain yang dihormati, dengan membawakan watak sisi gelap mereka.
Jangan hanya fokus bidang agama dan pak-pak Ustaz sahaja.
Nampak macam sengaja menunggang agama la pulak. Cuba la tunggang yang lain sekali.
Sesekali cuba tunggal sekolah pula – buat kisah guru besar ada skandal dengan cikgu sekolah. Atau kisah guru yang ada skandal seks dengan pelajar sekolah bawah umur. Atau pensyarah dengan mahasiswa. Tengok apa pula reaksi warga pendidik.
Atau kisah Ketua Polis sebagai watak utama yang makan rasuah hari-hari dan ada skandal. Tengok apa pula reaksi warga PDRM.
Mungkin juga kisah doktor yang ada skandal dengan nurse-nurse di hospital. Kita akan dapat tengok respon warga KKM bagaimana.
Atau lebih menarik juga filem tentang pengarah dan penerbit filem yang kerjanya membuat propaganda dalam filem dan dalam masa sama mempunyai skandal dengan para pelakon.
Kalau nak lebih drastik, filem mengisahkan menteri yang menipu untuk menang pilihanraya, kemudian ada skandal rasuah. Tengok pula apa reaksi menteri dan penyokong mereka.
Nak lagi best, kisah benar Perdana Menteri tuduh Timbalan Perdana Menteri meliwat yang berlaku di negara Wakanda. Tengok apa reaksi warga Wakanda.
Kalau nak lebih dramatik, buat kisah negara Wakanda yang bertukar-tukar Perdana Menteri daripada pelbagai parti, tapi masih tak selesai masalah rakyat.
Ada cadangan cerita lain?
Bukan apa, sebagai pengajaran dan tauladan untuk masyarakat. Cikgu, polis, doktor, apatah lagi Pak Menteri dari Wakanda. – sama macam Sang Ustaz – bukan baik sangat pun.
Amacam? Ada bran?
Kalau setuju, bagi komen, like dan share sikit.
Afyan Mat Rawi
Jgn lupa follow dan klik see first. Banyak lagi saya kongsi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran