fbpx

Konvensyen Luar Negara Pertama Secara Percuma ke Sepanyol

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 380Words
  • 445Views

Memori 7 Tahun Lepas..

Ini kali pertama saya mengikuti trip luar negara secara percuma sebagai ganjaran kerjaya dalam bidang perkhidmatan kewangan, tahun 2011 ke Sepanyol.

Saya terlibat dalam bidang ini tahun 2003, tapi tak fokus sebab terjebak secara tidak sengaja. Malah tidak bersedia dan tidak percaya.

Waktu itu, konsep takaful saya tak percaya sangat.

Sehinggalah tahun 2009 saya buat secara serius, 6 tahun selepas menjadi ejen takaful apabila melihat sendiri seorang sahabat meninggal dunia.

Yang menjadikan saya sangat ralat, sahabat tersebut pernah saya ajak menyertai takaful tapi menolak, ketika awal-awal saya menjadi ejen takaful.

Kejadian di hadapan mata menyaksikan sahabat saya meninggalkan balu dan anak-anak yang masih kecil menjadi turning-point perubahan tanggapan saya terhadap bisnes takaful. Saya berazam untuk tidak lagi menyaksikan peristiwa sama terhadap orang-orang rapat di keliling saya.

Selepas itu saya nekad untuk fokus dalam bisnes ini dan sangat bersyukur ia mendapat sokongan daripada rakan-rakan lama.

Majoriti klien saya adalah rakan-rakan saya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyokong.

Alhamdulillah, selepas 2 tahun menjalankan bisnes ini secara fulltime, saya menerima hadiah daripada Takaful IKHLAS untuk mengikuti Konvensyen Luar Negara ke Sepanyol.

Klik Di Sini-Album Kembara Andalusia

Selepas itu, tiap-tiap tahun saya menyertai trip luar negara secara percuma dalam bidang ini melalui beberapa syarikat seperti ke Bosnia, Turki, India, China, Vietnam, Osaka, Taiwan, Thailand, Jordan, Palestin malah menunaikan Umrah. Sedar tak sedar sudah lebih 10 negara rupa-rupanya.

Semua secara PERCUMA. Ya, PERCUMA segala-galanya dari tiket kapal terbang, makanan dan hotel. Hanya tinggal duit poket untuk beli cenderahati dan jajan sahaja.

Ini antara kelebihan berada dalam bidang ini.

Selain saya, sepanjang saya menjadi Pengurus Agensi, saya juga sudah mendidik dan melatih lebih 20 orang ejen yang pernah layak untuk ke luar negara secara PERCUMA sebagaimana saya.

Ini sebahagian ganjaran apabila menjadi perunding kewangan.

Ganjaran paling utama ialah ganjaran pendapatan yang tiada limit. Ia 100% bergantung kepada usaha dan penghasilan gerak kerja kita.

Sistem yang disediakan di INFAQ Consultancy, memungkinkan seseorang ejen memperolehi pendapatan RM5,000 sebulan dalam masa 3 ke 5 tahun. Malah ada juga sesetengah kes yang istimewa, ia diperolehi kurang dari setahun.

Ramai juga ejen-ejen yang memulakan kerjaya ini secara part-time selepas setahun dua, nekad untuk full-time apabila pendapatan sebagai ejen mampu menggantikan pendapatan kerjaya asal.

Insyaallah dalam masa terdekat saya anjurkan satu sesi taklimat kerjaya untuk memilih ejen-ejen baru dalam #TeamTakaful INFAQ Consultancy.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini laporan infografik daripada The Edge, "koran" wajib untuk mengetahui…