Kopi Pak Belalang / ARBA Ingkar Perjanjian Penajaan
ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang Bakal Tersontot Di Pintu Shorga
Bagi rakan-rakan ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang yang tertipu dengan program ini, cepat-cepat ambil tindakan proaktif sebelum perkara lebih buruk berlaku.
Di dalam group-group KR, ahli-ahli yang bising kerana tidak dapat hibah yg dijanjikan, diugut jika masih bising atau buat laporan polis, langsung tidak ada peluang untuk dapat hibah yang dijanjikan.
Ia tektik lama untuk menakutkan mangsa.
Saya gesa supaya mangsa segera buat laporan polis dan kemudian hubungi PPIM yg sedang mengumpulkan mangsa.
Hubungi Wan Fazli PPIM di talian 0177628025
Berita terbaru, syarikat ini yang pernah menaja beberapa rancangan termasuk Pencetus Ummah, Gema Gegar Vaganza, Akademi Silat Pendekar Muda dan yang terkini beberapa bulan lalu rancangan Salam Ramadhan bersama Kopi Pak Belalang yg diterbitkan oleh RTM, menerima surat peguam dari penerbit rancangan yg ditaja.
Syarikat ini sudah mengingkari perjanjian untuk pembayaran penajaan rancangan tersebut RM431,940 sehingga surat peguam dihantar 2 kali dari bulan Ogos 2017.
Kemudian kemuncaknya kelmarin, pengacara bersama rancangan ini Ustaz Nabil Ahmad “mencuit” Kopi Belalang dengan status ringkasnya.
Bayangkan, jika dengan RTM pun mereka boleh mengingkari perjanjian, agak-agak bagaimana dengan KR-KR dan anak-anak buah lain?
Aku Tanya Apa KhARBAr?
Tahukah anda, syarikat ini pernah ditulis dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga sebagai syarikat scam?
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
saya cadangkan kementerian kesihatan banyakkan penguatkuasaan ke atas produk yang mengandungi racun!
https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/10/16/borang-be-2017/