fbpx

2 Prinsip Ampuh Dalam Pelaburan dan Bisnes

Dalam pelaburan & bisnes, saya ada 2 prinsip ampuh yang saya pegang;

PRINSIP 1: “Biar kita rugi tak masuk daripada rugi tersontot selepas masuk”.

Rasional: Jika rugi disebabkan tak masuk sesuatu skim pelaburan atau bisnes, duit masih ada dalam tangan. Tapi kalau rugi selepas masuk, duit dah tiada.

PRINSIP 2: “Semua pelaburan dan bisnes adalah merugikan dan kebanyakannya ialah skim sontot, kecuali dibuktikan sebaliknya”

Rasional: Sebutlah mana-mana pelaburan, orang yang buat untung besar tidak lebih ramai berbanding orang yang hanya balik modal dan yang rugi. Buktinya, orang kaya lebih sikit berbanding orang yang tak kaya.

“Aku tinggalkan kepada kamu 2 prinsip ini maka berpegang-tuguhlah kamu kepadanya, nescaya kami akan selamat dari kesontotan dunia dan segala isinya” – Afyan, 2018.

(Gambar hiasan: Notis dari Suruhanjaya Sekuriti tentang LavidaCoin)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com