Krisis ekonomi dan pengeluaran duit KWSP
Seingat saya, krisis ekonomi kali ini paling banyak duit KWSP dibenarkan untuk dikeluarkan. Kalau salah, tolong betulkan. Nampaknya “kemarau” yang melanda kali ini masih tak kunjung padam.
1. Bersyukurlah, rata-rata rakyat Malaysia yang bekerjaya mempunyai simpanan KWSP. Ia asalnya untuk objektif pengeluaran ketika persaraan, dapat digunakan pada saat-saat kecemasan “kemarau” kali ini.
2. Sekurang-kurangnya bebanan rakyat terbanyak dapat diringankan dengan bantuan i-Lestari, i-Sinar, I-Citra dan pengeluaran khas KWSP kali ini.
3. Dalam kisah Nabi Yusuf, baginda Nabi mencadangkan agar Raja Mesir mengarahkan rakyat untuk menyimpan gandum yang dituai ketika musim subur, untuk digunakan ketika musim kemarau. Apabila berlaku kemarau, Mesir satusatunya negara rantau Arab yang terselamat daripada bencana itu.
(Sebelum ada netizen memberi kecaman, elok saya jelaskan kisah Nabi Yusof di atas adalah sebagai panduan sahaja. Saya tak samakan Malaysia dengan Mesir ketika itu)
4. Kita sama-sama berdoa agar Malaysia mampu bertahan seumpama Mesir dalam menghadapi musim kemarau ini. Hanya Allah tempat pergantungan terakhir, bukan KWSP, bukan kerajaan, bukan moratorium.
5. Selama ini, kerajaan sudah lama mengarahkan rakyat “menyimpan gandum” di KWSP. Sejak daripada zaman-zaman PM terdahulu, hingga zaman Tun M, zaman Pak Lah, diikuti DSNR hingga ke zaman Tun M kembali, diikuti zaman Abah Muhyidin dan zaman Pak Long Ismail kini.
6. Kemarau masih belum tamat. Ready for the worst. Bersedia untuk situasi yang paling buruk.
7. Perkara UTAMA yang kita perlu sedar dan ambil berat, jangan letakkan pengharapan yang terlalu tinggi kepada KWSP. Jika ada yang tak perasan, pengeluaran khas kali ini perlu dibayar balik, kelak.
8. Ombak besar yang sama, tapi kapal kita berbeza. Majoriti rakyat berada dalam kapal-kapal kecil dan sebahagiannya sudah hampir karam. Bagi yang berada dalam kapal besar, tinjau-tinjau kapal-kapal sebelah, ramai yang perlu dibantu. Kekayaan yang dikongsi pasti diberkati dan ditambah lagi.
9. Rakyat golongan B40 dan M40 akn terjejas teruk dalam pukulan tsunami ekonomi kali ini. Jika tidak ditangani dengan baik, jurang kekayaan dan kemiskinan antara rakyat akan semakin luas. Impaknya akan dilihat dalam tahun-tahun mendatang.
10. Semak balik perbelanjaan dan pendapatan kita untuk bersiap sedia menghadapi seribu satu kemungkinan ini yang bakal berlaku. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita tonton, 2, 3 talian telefon internet, kad kredit 2, 3 keping dan sebagainya.
11. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan Mekdi dan Kepci buat setahun dua ini.
Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.
12. Boleh selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll sama ada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh dengan jiran, makcik bawang atau Wowshop. Jika ada yang boleh kita jual, jual. Atau dermakan kepada yang memerlukan. Beban kurang, pahala pun dapat.
13. Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat pengstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kpd protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi.
14. Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebelum ini mungkin sudah tidak lagi relevan. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.
15. Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuan Nya.. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang kemarau kali ini, mungkin wang yang makin menjauh, supaya kita lebih mendekati-Nya.
Wallahua’lam. Allah know best.
Belajar ilmu kewangan dengan yuran kepandaian RM29 sahaja E-learning Seminar Bijak Merancang Wang.
Dapatkan harga super Super Palestin dengan klik Lite SeminarBMW
Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #eSeminarBMW. PROMOSI RAMADHAN hanya RM29 sahaja!!! Lite SeminarBMW
Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29?
E-learning Seminar Bijak Merancang Wang
1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW
Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?
Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.
Lite SeminarBMW
Lite SeminarBMW
Lite SeminarBMW
Afyan Mat Rawi, IFP
Tips RM PERCUMA t.me/AfyanIFP
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran