fbpx

KWSP untuk bayar medical card? Siapa sebenarnya yang sedang diselamatkan

  • 3Minutes
  • 536Words
  • 8Views

KWSP UNTUK BAYAR MEDICAL CARD? SIAPA SEBENARNYA YANG SEDANG DISELAMATKAN

Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membenarkan wang KWSP digunakan bagi membayar takaful / insuans kesihatan atau medical card nampak macam prihatin.

Nampak macam nak bantu rakyat.

Tapi persoalannya, betul ke ini untuk rakyat? Atau untuk jaga bisnes pihak tertentu?

Isu sebenar yang meletup sekarang ialah repricing pelan medical card yang makin menjadi-jadi.

Setiap tahun harga naik.

Sebabnya? Inflasi kos rawatan semakin meningkat. Kadar inflasi perubatan di Malaysia lebih tinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini.

Kos rawatan hospital swasta makin melampau-lampau, terutama apabila pesakit menggunakan Guarantee Letter atau GL daripada pelan takaful atau insurans kesihatan.

Manipulasi pun berlaku di mana-mana.

Ramai rakyat mengadu, apabila guna medical card, rawatan tiba-tiba jadi mahal. Tidak kira di klinik, atau di hospital.

Ini bukan saya yang cakap, tapi hasil dari prosiding PAC di Parlimen yang siasat isu ini.

Dan sekarang, solusi yang dicadangkan?

Guna KWSP untuk bayar kos caruman medical card. Apa kesannya?

1. Hospital swasta akan terus kenakan caj tinggi untuk pesakit yang gunakan medical card / GL.

2. Peluang manipulasi tetap ada, oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

3. Inflasi kos rawatan terus meningkat, dan tak ada siapa kawal.

4. Medical card terus naik harga dan repricing setiap tahun

Inilah yang dipanggil win-win. Win untuk hospital.

Win untuk syarikat insurans atau takaful.

Untuk rakyat? Duit KWSP yang sepatutnya untuk dana persaraan, yang dah sedia ada berkurangan, semakin susut.

Ya, rakyat yang selama ini simpan duit KWSP untuk hari tua, terpaksa korbankan demi selamatkan sistem kesihatan yang pincang.

Ironinya, duit KWSP bukan pun cukup banyak untuk majoriti rakyat survive lepas bersara.

Sekarang, diberikan pilihan pula untuk bayar medical card takaful.

Dulu jika repricing berlaku, rakyat rasa beban sebab kena bayar lebih setiap bulan dari duit pokt.

Tapi apabila tolak terus dari KWSP, rakyat tak sedar duit mereka makin pupus.

Tak terasa. Tapi makin berkurangan.

Sebenarnya ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk atasi isu ini.

1. Tambah baik hospital kerajaan. Kalau dapat tambah hospital dan doktor, lagi bagus.

2. Wujudkan pelan medical card nasional berkelompok. Kalau CEUPACS Care boleh bagi medical card RM40 sebulan untuk penjawat awam, kenapa rakyat marhaen tak boleh?

3. Kawal selia kos rawatan hospital swasta supaya tidak berlaku diskriminasi caj rawatan antara pesakit tunai dan pesakit dengan GL.

Jangan nanti persepsi rakyat: hospital swasta untuk yang kaya, hospital awam untuk yang miskin.

Atau “orang miskin dilarang sakit”.

UPDATE:

Suka saya kongsikan satu alternatif perkongsian kos rawatan perubatan yang menggunakan konspe crowd-sharing.

Program seumpama ini wujud sejak tahun 2018, dan saya pernah terfikir ia scam sebelum menyertainya pada tahun 2020.

Sehingga kini ada 3 syarikat seumpama ini, dan salah satunya ialah WeKongsi.

Ia bukan insurans atau takaful, tetapi program perkongsian kos secara kolektif (crowd sharing), dan BUKAN di bawah regulator.

Ahli hanya perlu bayar yuran keahlian bulanan RM40 + kos perkongsian maksima RM50 sebulan, maksima total RM90.

Ia boleh menjadi alternatif yang lebih mampu milik, tetapi bukan pengganti kepada medical card takaful yang lebih lengkap dari segi perlindungan dan kawal selia.

Program ini disahkan patuh syariah.

Maklumat lanjut saya kongsikan di sini

Boleh baca dulu, jika faham dan berminat, boleh daftar secara PERCUMA dahulu untuk lihat sistemnya dan hadiri penerangan secara online

Jika faham pro n con, barulah buat bayaran

Daftar PERCUMA di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Perang tamat? Harga emas turun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump…