fbpx

Plan Internet Mana Yang Sesuai ?

Dari hujung bulan lepas saya tercari-cari plan internet yang sesuai untuk kegunaan di rumah.

Terbaca perkongsian seorang rakan bahawa dia baru sahaja batalkan plan TM Unifi dan gantikan dengan plan Maxis Home Fibre. Katanya lebih murah dengan speed yang sama.

Saya pun yang kebetulan tengah mencari, terus cari plan Maxis Home Fibre dan daftar.

Tak lama kemudian dihubungi oleh pegawai untuk mengesahkan dah set tarikh untuk pemasangan.

Hari pemasangan, muncul technician TM dengan logo Unifi datang nak pasang sambungan Maxis Home Fibre.

Saya tanyakan beliau, “Kenapa TM yang datang, bukan Maxis?”.

Technician berkenaan buka cerita;

“Memang TM yang pasang sebab Maxis tumpang kable TM. Dan selalunya kalau ada problem, technician untuk Unifi lagi cepat dari Maxis”

Lepas itu terus saya batalkan langganan dan pemasangan.

Kejam tak? Hahaha

Tolong jangan kecam.

Saya masih mencari. Belum confirm dengan mana-mana lagi.

Hendak dijadikan cerita, tadi kawan saya cerita bahawa dia baru sahaja batalkan Unifi dan pakai Maxis Home Fibre. Katanya sangat puas hati dan lagi jimat berbanding sebelum ini.

Sudahnya saya jadi confuse.

Tambah pula baru terbaca berita Celcom pun dah lancar plan Home Fibre baru mereka. Sementelah saya memang pengguna setia Celcom sejak 17 tahun lepas sejak zaman TM-Touch. Siapa ingat TM-Touch? Kita geng.

Manalah tahu Celcom ada pakej istimewa untuk pelanggan setia.

Macam nak cari pasangan pula. Sekali dah “kahwin”, kena terima buruk dan baiknya. Hahaha!

Kalau ada cerita dan pengalaman, boleh kongsikan.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com