fbpx

Lafaz niat hibah waktu membeli makanan?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 263Words
  • 215Views

Dipetik dari FB muamalat.my

Pineng kalau hari-hari macam ni…

Ilmu Baru Yang Salah:

Pagi-pagi ramai dah mesej tanya isu ni? Yang mesej kepada saya tu sebenarnya dah tahu cuma mereka nak kepastian dan nak mintak highlight kepada public. Memandangkan ia sudah tersebar, maka kena dijelaskan di sini bahawa apa yang ditulis oleh page (meneka dalam kesamaran) itu tak tepat.

1. Muamalat ia tak sekadar ikut niat kita, ia adalah kombinasi niat dan implikasi akad kedua-dua belah pihak. Niat yang salah akan menatijahkan implikasi yang salah.

2. Order grab dengan niat hibah maksudnya kita niat beri duit tanpa harapkan balasan, daripada aplikasi grab. Kalau rider buat apa, makanan tak sampai, kita x ungkit dah. Sebab duit dah dihibahkan. Jika niat hibah, yang untung cuma aplikasi grab.

Jadi, apa akad yang berlaku? Akad yang berlaku adalah, ijarah (upah) + wakalah (wakil) (wakalah bil ajr / wakil dengan upah) dan jual beli. Bila transfer duit online, duit itu adalah bayaran makanan dan ijarah + wakalah (upah perkhidmatan).

Kita wakilkan urusan belian makanan dan penghantaran melalui aplikasi grab, grab upah rider wakilkan ambil pesanan yang dibeli melalui aplikasi. Aplikasi grab ambil upah dari kita.

Sebab itu belajar fiqh muamalat asas adalah fardu ain. Belajar secara sistematik.

Saya sempat buat sedikit semakan terhadap page Meneka Dalam Kesamaran, sumber asal SS itu dan mendapati terdapat banyak perkongsian ilmu muamalat yang tidak tepat. Termasuk berkenaan dengan riba.

Semoga sama-sama kita perbetulkan

Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Billionaire di Malaysia yang tak pernah buat video bodo untuk…