Lagi Perkongsian Peserta #SeminarBMW KL 2018
TAHUKAH KITA SEBENARNYA MAT JENIN DIFITNAH DALAM CERITA ANGAN-ANGAN MAT JENIN?
Hah terkejutkan? Dari kecik kita dimomokkan dengan cerita Mat Jenin yang mati setelah jatuh dari pokok kelapa dek kerana kuat berangan.
Persoalannya, siapa yang boleh tahu apa yang Mat Jenin fikirkan masa tengah petik kelapa tu? Sebab Mat Jenin tak sempat nak ceritakan apa angan-angan dia tu selepas dia terjatuh!
Cerita Mat Jenin tu sepatutnya boleh diakhiri dengan benda yang positif.
Sebagai contoh, selepas terjatuh, Mat Jenin terus berusaha keras untuk capai apa yang dia angan-angankan tu. Kan positif macam tu.
Itulah sebahagian pembuka minda yang abang dapat sewaktu hadir ke #seminarBMW oleh tuan Afyan Mat Rawi semalam.
Memang banyak ilmu-ilmu kewangan yang abang dapat semalam. Tempoh 8 jam dalam dewan kuliah memang rasa sekejap.
Siap dapat pengalaman kena “sontot” dalam skim cepat kaya kelolaan tuan Afyan lagi!
Memang takkan lupa sampai bila-bila. Haha
Dan yang paling penting, selain dari tips-tips teknikal kewangan macam cashflow dan nettworth, satu benda yang lebih penting dari itu adalah kesedaran tentang kewangan itu sendiri.
Bagilah 1 juta tips kewangan pun, kalau kesedaran tidak ada, takkan bawa kita ke mana-mana
“Bajalah pokok di akarnya, bukan di buahnya.”
Semoga tuan Afyan terus diberikan kesihatan dan kesempatan untuk terus berkongsi ilmu merancang kewangan kepada anak bangsa. #Rz
Cerita Semalam
1) Dalam kehidupan tetapkan matlamat.apa sahaja perkara matlamat atau tujuan perlu jelas agar tercapai apa yang dikehendaki.
2 ) Perlu kepada ILMU pengurusan kewangan
a) cashflow
b) nettworth
c) saving
d) protection
e) investment
f) purification
g) distribution
3) Jangan percaya skim, skim yang tersontot, janji pulangan yang tinggi dan tidak releven, semua kena bertanya dan menilai.
4) Ada 2 cara nak kaya pertama adalah dengan memiliki banyak wang , dan kedua adalah dengan tidak memiliki kemahuan dan kehendak, boleh simpan duit banyak2.
5) Susun kewangan dahulu dgn aliran tunai yang positive baru lebihan buat simpanan sekurang-sukurangnya 3 bulan atau lebih, baru ambil pelindungan income dan pelaburan.
6) Kuasa sedekah. Allah janjikan 700kali ganda.selalulah sedekah agar rezeki kita berkembang. Zakat pula utk menyucikan harta dan hak orang lain yang perlu diberikan.
Terima Kasih Tuan Afyan Mat Rawi di atas ilmu tuan, Minta halal dunia akhirat.
Tuan Harith Faisal terima kasih ilmu Asbf..
Terima kasih Atas perkongsian
“SI TANGGANG, MAT JENIN, BAJA POKOK & PERANCANGAN KEWANGAN.
Apakah persamaan kisah Si Tanggang, kisah Mat Jenin, teknik membaja pokok dengan perancangan kewangan? Sekali imbas, memang tiada persamaan langsung.
Kisah Si Tanggang dan Mat Jenin adalah dongeng rakyat Melayu.
Membaja pokok adalah ilmu pertanian.
Manakala perancangan kewangan adalah pendekatan untuk membolehkan seseorang memiliki harta (simpanan dan pelaburan) serta perlindungan (takaful) tanpa perlu mengikat perut.
Akan tetapi, semasa #seminarBMW anjuran Tuan Afyan Mat Rawi, IFP semalam, bertempat di UNIKL BMI, persamaan antara ketiga-tiga perkara ini dinyatakan dengan jelas.
Apakah persamaannya itu?
Jawapannya : MINDSET.
Dengan menggunakan anologi yang mudah difahami, Tuan Afyan telah mengolah secara mendalam;
a) Bagaimana mindset yang salah telah mengakibatkan ramai orang mengabaikan kepentingan belajar dan mempraktikkan ilmu merancang kewangan
b) Apakah kesan buruk (beserta dengan kajian kes yang benar, dari pengalamannya sendiri) kegagalan merancang kewangan dari awal
c) Bagaimana mahu ubah mindset sekarang agar kita boleh memulakan langakh kearah merancang kewangan diri dan keluarga
Teknik-teknik perancangan kewangan, seperti bagaimana nak simpan wang, bagaimana nak pilih takaful yang betul mengikut keperluan dan bajet, bagaimana nak memastikan waris kita akan dapat bahagian mereka selepas kita meninggal dunia, memang diolah dan diajar secara mendalam didalam modul latihan.
Akan tetapi, sebelum teknik-teknik tersebut diajar, Tuan Afyan telah mengambil masa yang agak panjang, meggunakan anologi-anologi yang sesuai, penyampaian yang serius tetapi diselitkan dengan lawak jenaka, demi untuk menyedarkan semua peserta #seminarBMW asas kepada memulakan
perancangn kewangan (dan juga perkara-perkara lain didalam hidup) adalah dengan MENGUBAH MINDSET.
Dengan mindset yang betul, Insya-Allah kita dapat memulakan perancangan kewangan, dan yang lebih penting sekali, memastikan kita konsisten dalam membuat perubahan hidup agar matlamat kewangan kita tercapai.
Bagi saya, inilah kelainan yang kerata di dalam #seminarBMW yang saya hadiri semalam. Teknik adalah “tools” ataupun alat. Tanpa mindset yang betul, bagilah beribu-ribu teknik kepada sesiapa pun, dia tidak akan menggunakannya untuk mengubah kehidupannya.
Sejujurnya, saya seorang yang lebih gemar belajar sesuatu dalam keadaan serius. Dari pengalaman saya, kalau terlalu banyak gelak-ketawa, ilmu itu tidak kekal di minda. Akan tetapi, suasana pembelajaran semalam, walaupun diselitkan dengan lawak jenaka, penyampaian Tuan Afyan ketika menekankan poin-poin penting berjaya dilakukan dengan baik. Sampai hari ini, dan Insya-Allah sampai mati, saya akan ingat, antara lain;
a) Kenapa kita perlu buat simpanan sebelum buat pelaburan
b) Kenapa sesetengah ejen insuran lebih suka untuk menjual produk yang mahal, sedangkan produk yang murah dan menepati bajet dan keperluan klien memang sedia ada
c) BAGAIMANA NAK DAPATKAN HARTA RM1 JUTA DENGAN PELABURAN MINIMA –> Yang ini adalah antara ilmu paling mahal yang saya belajar semalam
Kepada mereka yang ingin belajar cara merancang kewangan dalam situasi yang agak santai, tapi penyampaian yang berkesan sehingga menusuk kalbu, saya amat syorkan anda menyertai #seminarBMW yang dijalankan oleh INFAQ Consultancy.
Semoga Tuan Afyan Mat Rawi, IFP dan team INFAQ Consultancy berjaya dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang perancangan kewangan, agar tidak terperangkap didalam #nerakawang.
#seminarBMW”
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran