fbpx

“#SeminarBMW Membuka Mata Saya Tentang Pentingnya Perlindungan dan Pelaburan Dalam Kewangan” – Testimoni Peserta Seminar Bijak Merancang Wang

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 703Words
  • 480Views

Hilang letih apabila membaca perkongsian pengalaman daripada peserta Seminar Bijak Merancang #SeminarBMW semalam.

Sebagai trainer, saya sedaya upaya untuk memenuhi expectation para peserta untuk belajar asas pengurusan wang.

Dengan tempoh lebih kurang 8 jam masa seminar, saya sedaya upaya untuk meng”compress” pengalaman 15 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan untuk “dimuntahkan” kepada para peserta.

Semoga “muntahan” itu bermanfaat dan yang penting ialah praktis selepas program.

Ada apa dengan SEMINAR BMW?
==========================

Seminar Bijak merancang wang (BMW) ni banyak membuka mata saya terutama kepentingan perlindungan (protection) dan pelaburan (investment) dalam pengurusan kewangan. Contohnya pentingnya mengambil takaful dan kenapa pelaburan perlu dilakukan.

Sebenarnya banyak benda yang best dalam seminar BMW ni. Kalau ikutkan ada lebih 10 poin, tapi saya tulis 3 poin je lah. Nak tahu lebih kena pergi la. Pasti tak menyesal. Apa 3 poin tu?

SPEAKER YANG KELAKAR TAHAP MAHARAJA LAWAK.

Ni memang serius. Saya tak melawak tau. Memang tak kering gusi dengar telatah speaker, tuan Afyan Mat Rawi ni. Jadi penerangan pasal urus wang jadi tidak membosankan. Maklumlah program dari pagi sampai ke petang. Di jamin tak tidur.

Tapi ada peringatan penting, kalau anda tidak cukup kenal Tuan Afyan, mungkin anda akan blur sikit dengan lawak-lawaknya seperti wakanda, tersontot, neraka wang, 2.6billion dsb. Jadi saya cadangkan anda follow rapat-rapat tuan aftan di fb supaya lawaknya tidak hambar di mata anda jika anda mengikuti program beliau.

MINDSET KEWANGAN YANG BETUL.

Habis kami peserta kena brainwash dengan Tuan Afyan pasal mindset hampir 2 jam. Kenapa? Kita melayu ni dah dibrainwash dari kecil bahawa duit dan kaya ni banyak negatifnya dari positif. Paling kita tidak sedar, Mak ayah kita sendiri yang ajar cara urus wang yang salah kepada kita. Contohnya, waktu sekolah rendah, mak bagi duit untuk belanja dan mak akan cakap “belanja dulu, ada lebih simpan”. Mak cakap hari-hari dengan kita. Sampai la kita bekerja, kita akan belanja dulu, ada baki baru simpan. Itu pun kalau ada baki la.

Cara yang betul adalah dapat gaji, simpan dulu 10% minima, baki baru dibelanjakan. Ubah mindset ni sangat penting, kalau ilmu kewangan penuh didada tapi mindset tak betul memang tak kemana la pengurusan kewangan kita.

MODUL INFAQ YG MUDAH FAHAM DAN MENYELURUH.

Kalau ikutkan sehari tidak cukup nak bincang cara urus wang ni, tapi beliau boleh huraikan secara menyeluruh A to Z. Simple and easy. Jadi, dalam modul infaq ni saya buat ringkasan apa yang saya dapat.

📍Cash flow & Nettworth.
Dua benda ni adalah asas dalam urus wang. Kalau kita dah tahu kemana nak tuju tetapi kita tak tahu kat mana kita berada, maka sesat lah kita. Maksudnya kita dah ada matlamat kewangan tapi kita tak tahu status kewangan kita, maka cara urus wang kita jadi sia-sia.

📍Saving, Protection & Investment.
Ini adalah tool untuk kita mencapai matlamat kewangan kita. Kiranya untuk matlamat jangka sederhana dan panjang. Kitakan nak hidup lama. Hehehe. Ketiga-tiganya saling berkait dan penting. Contohnya Banyak orang terkeliru, mana nak mula dulu? Saving atau investment? Jawapan tuan Afyan senang je. Saving ibarat naik basikal dan investment ibarat naik motorbike. Kalau kita baru nak mula menunggang, kita belajar guna basikal atau motorbike dulu? Mestilah basikalkan? Samalah dalam kewangan. Kalau menyimpan pun tak boleh nak buat, jangan mimpi la nak melabur. Takut-takut melebur pulak.

📍Purification & Distribution.
Ini pula adalah untuk perancangan akhirat. Ingat pengurusan wang ni waktu kita hidup saja ke? Waktu lepas kita mati dan untuk akhirat pun perlu pengurusan kewangan. Bahagian ini melibatkan zakat, sedekah, waqaf, hibah, wasiat, faraid dan pengurusan harta pusaka. Jadi, modul INFAQ ni sangatlah menyeluruh dari kita hidup sampailah mati.

KESIMPULANNYA,
Kalau ikutkan macam-macam nak tulis. Tapi cukuplah poin-poin padat dan sentap di atas untuk menyedarkan kita bertapa pentingnya pengurusan kewangan dalam hidup kita.

Terngiang-ngiang kata-kata Tuan Afyan kepada para peserta,
“Hakikatnya tak ramai nak melabur untuk yuran kepandaian, tetapi ramai yang melabur untuk cukai kebodohan.”

Jadi, banyakkan membaca dan pergi seminar kewangan supaya kita tidak “Tersontot di pintu syorga”

Dahaga ilmu kewangan,
AB Sharul
22 Julai 2018
Seri Kembangan.

#seminarBMW #uruswanghatisenang #bijakwang #zerohutang

Bersama Speaker #seminarBMW yang kelakar habis. Hidup Wakanda!!! — dengan afyan mat rawi.

Workbook yang sangat berguna disediakan untuk seminar.

Boleh tahan ramai peserta. Selfie sikit.

Speker khusyuk bercerita mengenai inflasi karipap dan rumah. Naik berganda-ganda dari dulu sampai sekarang. Tapi gaji je naik bak siput yang pemalas.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara perkongsian Peserta #SeminarBMW Edisi KL, Julai 2018 Saya lah…