LaVidaCoin, Skim Paling Pantas Tersontot
Sepanjang karier saya dalam bidang kewangan sebagai perunding kewangan sepenuh masa dan part-time sebagai scam-buster, saya kira skim LaVida layak menerima anugerah skim sontot paling pantas terkantoi.
Belum pernah lagi satu-satu skim diisytiharkan pelaburan haram dan diminta diberhentikan sepantas ini
– 23 Ogos – LaVida Coin dilancarkan dan mula promosi secara rasmi
– 27 Ogos – Suruhanjaya Sekuriti mengeluarkan amaran supaya pengguna berhati-hari dengan LaVida Coin
– 30 Ogos – Bank Negara Malaysia) masukkan dalam senarai pemerhatian (watchlist)
– 5 September – Diarahkan berhenti oleh Suruhankaya Sekuriti
Tak sampai sebulan!!!!
Kalau dibandingkan dengan dengan skim-skim sontot lain yang pernah saya bongkar;
1. Tok Belagak – sempat beroperasi bertahun-tahun sebelum masuk watchlist BNM.
2. MeccaFund – sempat beroperasi bertahun-tahun sebelum masuk watchlist BNM. Selepas itu, tukar nama beberapa kali seperti Islamic Hotel & Mecca Islamic Hotel, sebelum akhir sekali pengasasnya ditangkap.
3. Alfafa – Bertahun-tahun operasi masih tak masuk sebagai senarai amaran. Masih bebas.
4. ARBA sempat beroperasi hampir setahun sebelum masuk watchlist BNM. Tapi masih belum ada tindakan undang-undang diambil
Tapi, LaVida Coin mengambil masa tak sampai sebulan!
Lebih tepat lagi 4 hari utk amaran pertama dan 13 hari untuk diarahkan berhenti. Tak sampai 2 minggu.
Ia satu rekod baru dalam bidang sontot-menyontot.
Hebat!!
Tahniah BNM dan SC!
Barulah Malaysia Baru!
Hebatkan negaraku?
Afyan Mat Rawi
Penulis Buku Tersontot Di Pintu Shorga
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran