Lihat bagaimana bapa kaya ini mengajar ilmu kewangan dan bisnes kepada anaknya
Aset vs Liabiliti
Anak: Ayah, boleh saya nak cakap sedikit?
Ayah: Apa dia?
Anak: Ramai kawan-kawan saya ada kereta tapi saya tak ada. Saya malulah, ayah….
Ayah: Jadi, apa yang kamu nak ayah buat?
Anak: Saya nak ayah belikan kereta.
Ayah: Oh begitu rupanya. Ada kereta tertentu yang kamu nak?
Anak: Ada, ayah. Tapi bukan Tesla la.. (tersenyum-senyum). .
Ayah: Begini, ayah aakan bagi kamu duit tapi dengan satu syarat.
Anak: Apa syaratnya?
Ayah: Kamu tak boleh guna duit tu beli kereta, tapi kena laburkan untuk perniagaan. Dapat untung nanti, baru boleh beli kereta guna duit keuntungan tu.
Anak: Hmmmm… Baik ayah. Saya setuju. .
Lalu si ayah memberikan si anak sejumlah wang untuk dia mulakan perniagaan. Si ayah mengajar sedikit sebanyak selok belok perniagaan.
Sebulan kemudian, si ayah bertanyakan perniagaan anaknya. Kata si anak, perniagaannya berjalan dengan baik.
Beberapa bulan kemudian, si ayah bertanya dia lagi tentang perniagaannya. Anak itu bercerita yang dia sudah mula untung daripada perniagaannya tu.
Begitulah yabg berlaku saban bulan, si ayah bertanyakan perkembangan bisnes si anak.
Apabila genap setahun, si ayah minta anaknya tunjuk sejauh mana perniagaannya dah maju.
Lalu si anak dengan penuh rasa gembira bercerita tentang perkembangan bisnesnya.
Ayah: Daripada apa yang kamu ceritakan, ayah boleh nampak yang kamu dah buat banyak duit.
Anak: Ya, ayah.
Ayah: Kamu masih ingat tak perjanjian kita tahun lepas?
Anak: Ya, saya ingat
.
Ayah: Apa perjanjiannya?
Anak: Kita bersetuju yang saya harus melabur duit tu dan baru boleh beli kereta guna untung perniagaan.
Ayah: Kenapa kamu tak beli kereta lagi?
Anak: Saya dah tak nak kereta lah. Saya nak melabur lagi banyak.
Ayah: Bagus. Kamu dah belajar pelajaran yang ayah nak ajar.
– Kamu tak perlu pun kereta tu, kamu cuma nak rasa kena ikut orang je. Nanti lagi banyak masalah kewangan. Kereta bukan aset pun; malah liabiliti.
– Yang kedua, penting sangat untuk kamu melaburkan untuk masa depan sebelum hidup senang-senang.
Anak: Terima kasih ayah.
Lepas tu, si ayah memberi si anak kunci kereta Tesla model terkini yang tak masuk Malaysia lagi.
MORAL:
1. Sentiasa labur ke atas diri sendiri dahulu sebelum hidup mengikut kehendak hati.
2. Apa yang kita rasa perlu sekarang, boleh jadi cuma kehendak sahaja dan bukan keperluan pun.
3. Penting untuk membezakan antara harta dan liabiliti supaya apa yang kita anggap sebagai harta hari ini tidak menjadi liabiliti pada masa depan.
Sumber: Internet
Artikel asal dalam English, saya translate ke BM
Follow Afyan Mat Rawi, IFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran