Ada Apa Dengan ASB Financing / ASB Loan?

  • Reading:5Minute:s
  • PostView Count:14Views

Ada Apa Dengan ASB Financing / ASB Loan? 

  1. Jika Tuan-Puan sudah lama ikuti FB saya atau hadiri #seminarbmw atau pernah mendengar ceramah kewangan saya, mazhab kewangan saya sangat konservatif tentang hutang. Jumlah hutang jangan lebih daripada 5 tahun gaji. Lebih rendah, hati lebih tenang.

(UPDATE 2021: Dalam modul terkini, 7 tahun. Paling baik, jumlah hutang bersamaan jumlah pendapatan bawah 3.5 tahun. Jika lebih 3.5 tahun, ia pada tahap sederhana dan jika lebih 7 tahun, ia tahap bahaya)

  1. Tidak kira hutang rumah, hutang kereta, atau hutang hampeh spt hutang kad kredit, hutang personal loan, hutang kahwin, hutang Court Mamoth, hutang emas dibawa belayar, hutang budi dibawa mati – tidak termasuk, apatah lagi hutang sontot dibawa ke neraka.
  2. Jadi jika ditanya saya pandangan tentang ASB Financing, respon saya “elakkan”, sebab ada banyak alternatif menggantikannya.
  3. Bukan sebab ASB Financing tak bagus, tapi sebabnya ia adalah hutang. Sama dengan hutang-hutang lain yang saya sentuh dlm point no 2.
  4. Memulakan pelaburan atau bisnes dengan hutang bukanlah sesuatu yg bagus, kecuali hartanah. Mulakan ia dengan duit yang ada di tangan, jika terbakar, ia adalah duit kita dan bukan duit orang lain.
  5. Malah membeli kereta pun saya akan galakkan beli secara tunai terlebih dahulu sebagai pilihan pertama sebelum pergi kepada pilihan terakhir iaitu secara hutang. Itupun dengan kadar yg paling minima yakni harga kereta bersamaan setahun gaji.
  6. ASB Financing, sama dengan mana-mana pelaburan yg ada di atas muka bumi iaitu – perlu ada ILMU.
  7. Dalam modul kewangan INFAQ Consultancy, ASB adalah di bawah kategori simpanan kerana ia tiada risiko tapi ASB Financing pula akan jatuh kpd kategori pelaburan sebab ia mempunyai risiko.
  8. Dalam siri-siri seminar yg saya kendalikan sama ada kepada publik atau jemputan daripada jabatan kerajaan atau swasta – saya pernah jumpa mereka yang berjaya buat untung menggunakan ASB Fianancing, dalam masa sama tidak kurang juga yg saya jumpa mereka yg tersontot apabila menggunakan tools yg sama.
  9. Orang yg berjaya membuat untung dalam ASB Financing, ada 2 kriteria; ilmu dan disiplin. Kedua-duanya ialah faktor dalaman, bukan faktor luaran. Maknanya faktor produk ASB Financing tidak memainkan peranan sebab ia hanyalah alat.
  10. Yang paling berjaya adalah orang yg mampu berdisiplin. Yg bagusnya ialah memang dia mempunyai sebelum mengambil ASB Financing. Tapi tidak kurang juga yg berjaya mendisiplinkan diri selepas mengambil ASB Financing.

(UPDATE 2021: Teknik paling bagus dalam ASB Financing ialah teknik hutang dan bayar ansuran macam biasa tanpa perlu usik keuntungan ASB. Ramai yang tersontot dengan teknik dan gameplan rolling dividen. Teknik pairing dengan emas, dengan kereta dll adalah sub-teknik kepada teknik rolling keuntungan ASB)

Dahulukan pelaburan ilmu

  1. Paling banyak kes ialah, ambil ASB Financing hanya semata sebab terpengaruh dengan banker atau ejen yang mempromosi ASB Financing, ditambah pula tiada ilmu kewangan dan diadun dengan tabiat tidak pandai berdisiplin membuat simpanan.
  2. Point sebelum ini (no 12) adalah formula cemerlang menyontot diri sendiri yang pasti berlaku bukan sahaja dalam ASB Financing, malah juga dalam perkara lain dalam kewangan
  3. ASB Financing adalah produk institusi kewangan, direka untuk mendatangkan keuntungan dan kepentingan kepada mereka, sama seperti produk-produk kewangan lain seperti kad kredit, personal loan, home financing, takaful, insurans, unit trust, wasiat, dll
  4. Apa sahaja yg terjadi, bank atau institusi kewangan serta ejen mereka akan untung dulu. Pelanggan? belum tentu. Hanya pelanggan yang mempunyai ilmu dapat untung apabila berjaya memanipulasi fasiliti bank tersebut.
  5. Point sebelum ini (no 15) turut terpakai dalam sellllluuuuurrrrruuuuh produk kewangan yg ada di pasaran tidak kira kad kredit, personal loan, home financing, takaful, insurans, unit trust, wasiat, dll.
  6. Ramai yang tersontot selepas menjadi pelanggan produk-produk kewangan di atas. Itu dinamakan “tersontot di jalan yg terang”, berbeza dengan “tersontot di jalan yg gelap” apabila menyertai program scam. Yang membezakan mereka yang tersontot dengan yang tidak, adalah ilmu.
  7. Buat rakan-rakan yang mempromosi ASB Financing, tidak perlu risau sangat apabila muncul posting-posting negetif terhadap ASB Financing kerana ia adalah promosi. “Bad advertisement is still an advertisement”. Ambil kesempatan untuk terangkan strategi yang betul melanggan ASB Financing, bukan mengutuk tulisan yang mengkritik ASB Financing.

(UPDATE 2021: Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu, jika ada tulisan-tulisan yang mengkritik ASB Financing, pasti ramai kena kecam. Tulisan asal yang ini pun ramai yang pandang serong. Contoh tulisan yang mengundang kecaman: 50% Annualized Return Dengan ASB Loan / ASB Financing? )

  1. Dalam dunia kewangan, ramai yang hanya salesman / product pusher sebab nak kejar target sales, konvensyen, KPI dll dan hanya sedikit yg berteraskan advisory yang memberi khidmat nasihat atas kepentingan klien, bukan atas kepentingan poket sendiri. Jadi, pemilihan ejen sangat penting utk memberi panduan yang tepat dlm memilih produk kewangan
  2. Tip terdahulu (no 19), turut terpakai apabila anda melanggan mana-mana produk kewangan yg ada di pasaran termasuk takaful, unit trust dll. Ejen hanya product pusher / salesman, bukan advisor.
  3. Antara ASB Financing RM100K dengan beli Toyota Civic RM100K berhutang bank, lebih baik ASB Financing. Tapi antara ASB Financing RM100k dengan beli rumah kos rendah RM100k, lebih baik beli rumah.
  4. Jadi, perlu tak apply ASB Financing? Tepuk poket, tanya ilmu di dada. Jika nak apply, pilih pembiayaan patuh syariah, bukan konvensional.

(UPDATE 2021: Nak apply ASB Financing juga selepas baca posting ini? Silakan, jika ia sesuai dengan selera pelaburan dan kedudukan kewangan anda. Sekarang ada promosi ASB Financing serendah 3.45% dengan tempoh tahun. ASB Finance / ASB Loan yang paling rendah di dunia)

Tuan-Puan ada pengalaman menggunakan ASB Financing / ASB Loan? Kongsikan pengalaman di ruangan komen.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended