fbpx

Lindung Induk Sebelum Anaknya

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 196Words
  • 355Views

Dipetik dari FB Aznah Arshad

Dalam kelas minggu lepas, Kent, tenaga pengajar kami menyentuh tentang kesilapan-kesilapan biasa yang ditemui ketika sesi penilaian semula kewangan pelanggan.

Antaranya:
– kurang perlindungan. Ketika berlaku musibah, gaya hidup masih terjejas
– terlebih perlindungan. Pelanggan rugi kerana bayar caruman tinggi sedangkan duit lebihan patut disalurkan ke tabung lain.
– tidak melindungi perkara yang lebih penting. Memberikan keutamaan yang salah.
– Salah pilih orang yang patut dilindungi.
– Salah produk kerana tidak kenalpasti keperluan
– Melindungi anak dahulu dan bukan ibu bapa.

Saya pernah beri konsultasi kepada seorang rakan. Suami bekerja, isteri surirumah. Anak masih bersekolah. Anak-anak mempunyai perlindungan kemasukan hospital dan pembedahan. Ibu bapa tiada perlindungan.

Sangat berisiko. Sekiranya pencari nafkah ditimpa musibah sama ada kematian, hilang upaya atau sakit kritikal, keluarga ini akan hadapi tekanan kewangan.

Si isteri perlu bekerja. Besar kemungkinan perlindungan anak akan dihentikan sebab kos perbelanjaan akan dikurangkan seminima mungkin.

Semak semula semua perlindungan yang dah diambil. Adakah ada ruang untuk diperbaiki dan dinilai semula ikut keperluan dan keutamaan?

Jika pencari nafkah keluarga anda belum dilindungi, hubungi saya untuk konsultasi.

Aznah Arshad
Infaq Consultancy JDT

#ejentakaful
#incomeprotection
#criticalillness
#studentcfp

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Rusyaidi   PELABURAN KWSP: OPPORTUNITY vs RISK…