fbpx

PELABURAN KWSP: OPPORTUNITY vs RISK

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 495Words
  • 282Views

Dipetik dari FB Rusyaidi

 

PELABURAN KWSP: OPPORTUNITY vs RISK

Nak jadi pelabur yang berjaya, kenalah ada ilmu secukupnya.

Nak invest property, kena ada ilmu property.
Nak invest gold, kena ada ilmu gold.
Nak trade saham, kena ada ilmu saham.
.
Apa jadi kalau melabur tanpa ilmu?
Just ikut2 orang jer.
Yang lebih sadis, just ikut kata hati sahaja…
.
Kalau invest property tanpa ilmu, takut tersilap beli… Rumah tak siap ke, finishing hancur ke, lokasi tak cun ke, nak cari penyewa susah, nak jual pula tak laku…rugi beb.

Kalau invest gold tanpa ilmu, takut tersilap beli emas celup/ emas palsu ke, terkena skim sontot cepat kaya ke, terbeli masa harga sangat mahal ke, ‘terkena’ masa pajak arrahnu ke.. huhu je la..

Kalau trade saham tanpa ilmu, tak tahu Technical, Fundamental, Value, Indicator, Trend, Money management…. Memang MC (Margin Call) memanggil2 la… Menangis di bucu katil la jawabnya…
.
Semalam, KWSP maju setapak lagi dengan memperkenalkan satu sistem yang efisyen, yang membolehkan pelabur melabur terus ke mana2 dana Unit Trust terpilih, tanpa lagi melalui agen, pada kadar Sales Caj yang minima.

Saya menyokong langkah ini seiring dengan kepesatan Teknologi. Syabas KWSP!

Namun, pelabur diingatkan agar tidak terburu2 dalam membuat keputusan dan tindakan. Melaburlah dengan ILMU!

Nasihat saya, kuasai ilmu2 Basic berkaitan dunia pelaburan unit trust seperti:

1. bacalah Prospectus
2. fahami Product Highlight Sheet & Annual Report
3. update maklumat yang tertera pada Fund Fact Sheet
4. ketahui Market Trend
5. buat strategi planning – macam mana nak Diversify Investment atau nak average kan price.
6. kenal pasti Tahap Penerimaan Risiko anda – sesuai untuk Equity? Balanced? Bond? Money Market?
7. ambil tahu Nilai Risiko (Volatility Factor) sesuatu dana
8. cuba bandingkan prestasinya dengan Benchmark
9. Adakah Objektif dana tersebut ‘kena’ dengan objektif pelaburan anda?
10. baca Analisis Report yqng disediakan oleh Fund Manager untuk tahu potential pelaburan.

Jangan melabur hanya berdasarkan prestasi dana tersebut yang nampak tinggi bagi data 3 tahun, 5 tahun mahupun 10 tahun. Ingat ye, prestasi tersebut adalah prestasi yang telah berlalu…. Dan tiada jaminan ianya akan berulang pada masa hadapan.

“Its not just about when to ENTER market. But also you need to know when to EXIT market”.
.
Asasnya adalah ILMU.
Dengan ILMU, kita boleh rendahkan risiko pelaburan.
Tanpa ILMU, risiko pelaburan adalah sangat tinggi.
Pelaburan yang asalnya adalah rendah risiko now menjadi tinggi risikonya disebabkan ilmu yang tidak cukup.
.
Jika rasa tak konfiden dengan ilmu yang ada;
1) Jangan gatal tangan nak invest online ni dengan hanya berdasarkan ikut2an.. Mungkin dengan just biarkan duit kita di KWSP adalah lebih menguntungkan.
2) jika nak melabur juga, dapatkanlah agen unit trust yang arif akan dunia pelaburan unit trust… dan mampu memberikan cadangan Potential Fund yang sesuai dengan Objektif pelaburan, tempoh pelaburan, dan Tahap Penerimaan Risiko anda.
.
Terdapat banyak juga dana2 unit trust yang berpotensi besar untuk naik dan memberikan pulangan yang baik dan konsisten kepada pelabur. Yang mahir, dah boleh nampak dana2 ini;-)
.
Sekarang ini, isunya adalah Opportunity ataupun Risk.
Opportunity?
Risk?
.
.
Membantu pelabur melabur,
Rosyaidi
INFAQ Consultancy

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Habis training ejensi, terus bergegas untuk kelas "The Biggest Loser…