fbpx

Liputan Kosmo-Belia Perlu Kuasai Ilmu Mengurus Wang

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 343Words
  • 424Views

Soalan paling kerap ditanyakan kpd saya oleh wartawan apabila menemuramah tentang topik-topik kewangan, ialah;

“Pada pendapat Encik Afyan, bagaimana kita nak menghadapi cabaran dan mengatasi masalah ini?”

Tidak kira isu;

– wang persaraan tak cukup,
– rakyat Malaysia sukar menyimpan,
– polisi takaful under insured,
– orang muda sukar beli rumah,
– harga rumah mahal,
– graduan sukar dapat kerja,
– pendapatan rakyat Malaysia yang rendah,
– dan sebagainya ialah;

Pasti soalan seumpama itu ditanya bagi mendapatkan feedback saya utk berikan cadangan apakah formula terbaik menangani masalah dan isu yg berlaku.

Dalam situasi hari ini, banyak penyelesaian yang sebenarnya ialah dengan cara mencantas ranting, menebas dahan dan membuang buah yang busuk. Tapi akarnya masih ada.

Contoh antara cadangan biasa yang dicadangkan dan diambil tindakan;
– turunkan harga rumah,
– tingkatkan gaji minimun,
– kurangkan belanja,
– tukar cara hidup,
– berikan subsidi,
– tambah bantuan,
– galakkan kerja tambahan,
– dll

Semua tindakan dan cadangan di atas adalah bersifat cabang tapi bukan akar. Ia hanya dapat atasi untuk jangka masa pendek.

Jika benar-benar serius untuk atasinya ialah melalui akar. Sama ada dengan membuang terus pokok dari akarnya atau pun akar diberikan baja dan nutrisi yang cukup supaya dapat menghasilkan buah yang ranum.

Begitu juga dalam soal kewangan, jika hanya fokus untuk tambah pendapatan tidak akan menyelesaikan masalah kewangan seseorang. Ia hanya akan timbulkan masalah baru.

Cara nak atasinya ialah dengan fokus kepada akar.

Akar itulah otak dan hati manusia.

Bajanya pula tak lain tak bukan, ialah ILMU.

Ini antara perkara yang saya kongsikan kpd wartawan dalam berita Harian Kosmo hari ini, Khamis 22 Februari.

Jangan lupa selfie jika jumpa halaman ini 🙂

Siapa yang komen dengan gambar selfie halaman ini dan share status ini, saya akan berikan tiket percuma untuk ke #SeminarBMW. Jika tak dapat hadir seminar, saya akan berikan hadiah ebook Bijak Merancang Wang.

Hadiah ini utk 10 yang terawal sahaja ya.

Ia juga antara perkara yang saya kongsikan dalam modul #SeminarBMW yang akan diadakan di KL, JB, Sungai Petani, Melaka dan Kuantan dalam masa terdekat.

Detail dan pendaftaran seminar di http://seminarbmw.afyan.com

Liputan Kosmo-Belia Perlu Kuasai Ilmu Mengurus Wang

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Blagk Panther (2014) Masihkah kau ingat kisah ini? Blagk Panther…