fbpx

Lock Down 3.0 – Siap Sedia Dengan 7 Langkan Ini

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 510Words
  • 316Views

Kewangan bakal terjejas disebabkan LOCK DOWN? Ikuti 7 langkah ini untuk perbaiki.

1. SEMAK KEDUDUKAN KEWANGAN DAN MULAKAN DENGAN MATLAMAT YANG JELAS.

Semak balik berapa income kita yang terjejas dan perbelanjaan bulanan kita. Semak juga simpanan dan aset yang kita ada serta baki hutang piutang.

Ia penting untuk kita ketahui kedudukan sebenar kewangan dan target kita seterusnya.

Berapa simpanan yang diperlukan? Berapa pendapatan yang diinginkan? Berapa hutang yang perlu diselesaikan? Buat senarai.

Dengan matlamat yang jelas, memudahkan kita untuk mengambil tindakan yang betul bagi menghasilkan sasaran yang diinginkan.

2. PERBAIKI MINDSET KEWANGAN

Mengekalkan mindset kewangan yang lama untuk mendapatkan hasil yang baru adalah gila. Apabila mindset berjaya diubah, tindakan dan hasil akan berubah.

Tambah ilmu kewangan. Ini cara untuk memperbaiki mindset kewangan kita.

Makin tinggi ilmu kewangan, makin mudah nak capai matlamat kewangan.

Letakkan dalam minda, untuk menghadapi gelombang ekonomi akibat lockdown kali ini, kita yang perlu bertindak tanpa bergantung harap kepada kerajaan.

3. BUAT PLAN TINDAKAN

Berdasarkan matlamat tadi, perlu ada plan tindakan spesifik yang perlu dilakukan sepanjang tahun. Apa yang perlu dilakukan setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari. Buat senarai berdasarkan matlamat pada No 1 tadi.

Buat rekod aliran tunai untuk melihat memantau perkembangan kewangan dari masa ke masa. Ia penting untuk melihat sama ada pelan tindakan kita berjalan sebagaimana dirancang.

Tak ada orang merancang untuk gagal. Tapi ramai gagal untung merancang. Mengharap, bukanlah satu perancangan yang bagus.

4. CARI SUMBER PENDAPATAN BARU YANG BOLEH DIPERTINGKATKAN

Akan sentiasa ada peluang tambah pendapatan. Namun, pilih pendapatan yang ada potensi untuk berkembang dan meningkat.

Tidak kira anda makan gaji, kerja sendiri atau berniaga, perlu tambah sumber pendapatan melalui perniagaan baru. Pilih perniagaan yang dapat dimulakan dengan modal rendah dengan potensi keuntungan yang tinggi.

Tingkatkan nilai diri supaya dapat memberi lebih nilai kepada orang lain dalam pekerjaan dan bisnes kita. Nilai tambah ini mempu meningkatkan tawaran kita kepada majikan atau pun pelanggan.

5. URUS & KAWAL PERBELANJAAN, SUPAYA ADA LEBIHAN

Apabila pendapatan berjaya ditingkatkan, pastikan perbelanjaan tetap terkawal.

Jangan bazirkan wang untuk membeli simbol-simbol kekayaan. Ia tidak memberi nilai tambah kepada diri sendiri dan kepada kewangan kita.

6. SIMPANAN DAN PELABURAN

Apabila kewangan dan perbelanjaan kita terkawal, mudah untuk kita membuat kembali simpanan.

Dengan simpanan tersebut, kita boleh mulakan pelaburan. Simpanan sahaja tidak memadai untuk tingkatkan kewangan. Kita perlu juga kepada pelaburan.

Boleh mulakan dengan pelaburan yang mudah dengan modal yang rendah seperti emas dan unit trust. Untuk jangka masa panjang, boleh juga pelbagaikan pelaburan kepads hartanah, saham, private mandate dan sebagainya.

7. PENGUKUHAN DAN PERTAHANAN ASET

Lindungi harta dan aset dengan perlindungan takaful. Semak dan review balik poliso takaful anda. Pastikan coverage mencukupi. Rule of thumb, Coverage yang tinggi, dengan caruman yang rendah.

Buat perancangan pusaka dan wasiat untuk memastikan harta yang dimiliki dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak berlaku perebutan.

Perancangan cukai juga tak dilupakan supaya dapat tidak diambil tindakan undang-undang akibat lari cukai. Sedekah dan derma juga perlu dijalankan seiring dengan peningkatan harta supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Akhir sekali, jangan lupakan zakat untuk menyucikan harta kita. Dalam harta kita ada milik orang lain yang ALLAH sudah tetapkan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seperti biasa dan dijangka, golongan M40 tidak dapat banyak sangat…