Lulus peperiksaan: Jangan lupa asas integriti dalam bisnes

  • 2Minutes
  • 271Words
  • 13Views

Minggu lepas dalam mesyuarat leader agensi, seorang rakan mengeluh kerana ada ejennya yang sudah tiga kali menduduki peperiksaan Takaful Basic Exam (TBE) tetapi tetap gagal.

Dengan nada bergurau, saya katakan bahawa rekod lulus agensi kita adalah 90%, dan dia menyebab statistik tersebut jatuh.

Kemudian, seorang lagi rakan mencadangkan supaya ejen senior “membantu” menjawab soalan peperiksaan.

Katanya ada agensi lain yang buat begitu.

Saya terus tegas menolak cadangan itu.

“Sori, saya takkan izinkan budaya itu menular dalam agensi kita.

Kita tidak mahu ajar ejen baru mulakan bisnes takaful dengan cara menipu.

Tidak berkat komisyen yang diperoleh kelak.”

Tup-tup, saya ternampak iklan di media sosial yang secara terang-terangan mempromosi cara tidak beretika ini. Saya hanya mampu tepuk dahi.

Saya akui, beberapa tahun kebelakangan ini, prosedur dan peperiksaan untuk menjadi ejen takaful memang semakin mencabar.

Dulu, rekod saya menunjukkan 90% calon ejen berjaya lulus dengan mudah.

Yang 10% gagal biasanya kerana tidak studi langsung atau tidak hadir peperiksaan.

Jika mereka benar-benar studi, saya yakin mereka boleh lulus walaupun tidak dengan keputusan cemerlang.

Lulus itu sudah cukup. Yang penting, mereka perlu cemerlang dalam bisnes takaful, bukan semata-mata dalam peperiksaan.

Namun begitu, saya tidak sesekali berkompromi dengan cara tidak jujur seperti “bantu jawab” atau meniru atau pakai toyol dan sebagainya. Itu bukan budaya kita di INFAQ Consultancy.

Justeru, apa yang saya cadangkan untuk agensi ialah kita wujudkan kelas tutorial khas untuk bakal ejen. Kita latih mereka cara betul untuk menghadapi peperiksaan.

Biarlah gagal peperiksaan berkali-kali, tapi jangan menipu walaupun sekali.

Kegagalan peperiksaan boleh ditebus dengan usaha, tetapi jika asas bisnes sudah bermula dengan penipuan, seluruh perjalanan bisnes itu akan cacat dan tidak berkat.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Dalam banyak-banyak denda ni, ada satu denda yang paling sadis…