fbpx

Mahasiswa, jauhi bisnes networking / MLM / pelaburan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 228Words
  • 280Views

Kepada mahasiswa, jangan la terlibat dgn bisnes networking / MLM dan pelaburan.

Belum tiba masanya. Fokus kepada belajar. Jangan gunakan wang saku daripada ibu bapa atau pinjaman PTPTN atau biasiswa JPA atau apa sahaja sumber – untuk sertai apa sahaja bisnes yang menuntut modal melebihi RM100 atau sertai apa sahaja sekim pelaburan, scam apatah lagi.

Dikhuatiri tersontot kelak, belajar entah ke mana, duit entah ke mana.

Jika mahukan duit lebih, usahakan untuk buat bisnes yang tidak memerlukan modal langsung. Banyak bisnes yang tidak memerlukan modal yang boleh dimulakan oleh mahasiswa.

Mulakan dengan apa yang ada di tangan, contohnya ambil upah menaip, buat design, buat website atau kerja yang sedikit “kasar” seperti upah cuci kereta, jadi runner dan seumpamanya.

Melabur dalam ilmu. Ada banyak bahan bacaan percuma ilmu kewangan dan pelaburan.

Kalau ada duit lebih, belilah buku Financial Independence Retire Early #BukuFIRE.

Berbanding naskah sebelum ini, Bijak Merancang Wang #BukuBMW, topik kali ini lebih berat dan banyak bermain dengan minda.

Sementelah konten buku ini 70% adalah berkenaan tentang pembinaan mindset dan habit kewangan untuk mencapai FIRE.

Kandungan buku ini fokus kepada 7 langkah demi langkah menuju FIRE, dan 9 habit & mindset untuk mencapai FIRE.

Boleh dapatkan secara online di link di bawah.

Tebal buku ini 360 muka surat halaman penuh warna-warni, PENGHANTARAN PERCUMA.

Boleh klik di bawah untuk melihat kandungan dan halaman buku ini.

BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
The power of sembang kencang bangsa anti bank Islam. Pakai…