fbpx

Tip didik anak urus wang melalui wang saku

  • 10 months ago
  • 3Minutes
  • 443Words
  • 217Views

Anak anda bawa duit berapa RM ke sekolah?

Berapa RM anak anda bawa, latih mereka untuk menyimpan daripada kecil. Saya kongsikan sedikit tip.

Cara biasa yang dilakukan oleh ibu bapa, termasuk saya dahulu ialah kita beri wang belanja sekolah dan berpesan;

“…ambil duit belanja sekolah ini. Belanja dan kalau ada lebih simpan dalam tabung”.

Ia diasuh sejak hari pertama sekolah. Setiap hari dipesan perkara yang sama;

“… Kalau ada lebih, simpan dalam tabung..”

Anak tadi dari hari pertama darjah satu, hingga masuk darjah dua dipesan perkara sama.

Apabila masuk sekolah menengah pun dipesan perkara sama.

Apabila masuk universiti pun dipesan perkara sama;

“…ambil duit buat belanja, kalau ada lebih, simpan…”

Lalu, apakah yang terjadi kepada anak tadi apabila grad daripada universiti dan mendapat gaji pertama?

Mereka akan BELANJA DULU, BARU SIMPAN.

Itu pun KALAU ADA LEBIH!

Siapa yang ajar? Ibu bapa yang ajar sedari darjah satu hingga anak itu dewasa.

Ya, itu yang akan mereka lakukan sebab itulah yang diajar, diasuh dan dididik sejak dari kecil.

Saya juga diasuh begitu. Cari itu tidaklah salah, tapi ia melahirkan generasi yang mendahulukan berbelanja berbanding menyimpan.

Hasilnya, statistik menunjukkan bahawa hanya sedikit rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang mencukupi terutama orang Melayu Muslim.

Dan buktinya ketika PKP lepas, ramai yang tidak bersedia dengan simpanan kecemasan.

Jadi, apa yang kita boleh lakukan?

Kita boleh “mengubah masa hadapan”, dengan mengubah sedikit sahaja tabiat.

Sebenarnya, hanya perlu mengubah ayat sahaja, daripada kita berpesan;

“…ambil duit untuk belanja, kemudian kalau lebih boleh simpan dalam tabung…”,

kita boleh ubah kepada;

“…ambil duit dan simpan, ada lebih baru belanja…”.

Ia tidak sukar, cuma mencabar kebiasaan.

Saya mulakan sejak ajak sulung di sekolah rendah, dan sekarang dia berada di Tingkatan 5. Hasilnya, dia memang berjimat cermat dalam berbelanja duit sendiri.

Masa mula-mula saya amalkan, dan kadang kala terlepas pandang juga.

Daripada seorang anak di sekolah rendah, sehingga 3 orang di sekolah menengah dan 2 di sekolah rendah.

Di sekolah menengah, saya minta mereka catat setiap perbelanjaan.

Cuma mencabar sedikit sekitar tahun lepas selepas tamat PKP, agak kekok nak mulakan balik. Tapi selepas itu ia sudah kembali norma asal.

Untuk menjadikan ia tabiat harian, wang saku diberikan di rumah bukan apabila sampai di sekolah kerana jika di rumah boleh terus masukkan ke dalam tabung.

Saya siap-siap keluarkan wang not RM1 dari bank sebanyak beberapa ratus untuk sebulan dan simpan di rumah.

Setiap pagi sebelum hantar mereka ke sekolah, saya letakkan duit belanja di tabung anak-anak dan berpesan;

“Nah, ambil duit belanja sekolah dekat tabung. Kemudian simpan seringgit dalam tabung. Yang lebih buat belanja sekolah…”

Semoga dengan cara ini dapat melahirkan generasi baru yang lebih mengutamakan simpanan sebelum berbelanja.

Gambar hiasan daripada Kosmo.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kepada mahasiswa, jangan la terlibat dgn bisnes networking / MLM…