Mangsa ARBA Boleh Terus Ke PPIM
Allahu…
Bertalu-talu mesej yg masuk apabila saya tanyakan tentang mangsa scam ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang.
Ceritanya begini.
Pagi tadi saya berhubung dgn peguam PPIM (Tuan Hishamuddin Hashim) utk aduan kes scam ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang.
Beliau meminta saya untuk channelkan mangsa terus kepada PPIM.
Jadi saya pun post 2 status ringkas berhubung perkara ini dan bertalu-talu mesej yg saya terima. Rujuk post saya sebelum ini.
Tak mampu saya nak reply semua.
Jadi, untuk memudahkan, elok saya terus buat hebahan umum.
Utk aduan, boleh hantarkan detail penipuan dan bukti seperti resit pembayaran, wassap dll kepada wakil PPIM berikut;
0177628025 (Wan Fazli PPIM)
Nanti mereka akan kumpulan mangsa utk tindakan selanjutnya.
Bila tengok amaun seorang-seorang yang mengadu, bukan kecil-kecil jumlah.
Banyaknya duit orang kita.
Ada yg bertanya;
“Ada bayaran ke?”.
Nak je saya respon;
“Masa join skim sontot bayar riban-riban dulu ada pula duit? Masa tu tak tanya PPIM?”.
Tapi saya respon dengan baik;
“Soal bayaran, jika ada, nanti mangsa boleh berbincang dengan pihak PPIM. Jika tidak setuju, tidak perlu teruskan dengan PPIM”.
Difahamkan, program ini masih berjalan dan mencari peserta baru.
Andainya mereka membaca buku Tersontot Di Pintu Shorga lebih awal, tentu dapat mengesan sesuatu yg tak kena pada skim ini.
Jika kenal mangsa-mangsa, boleh Tag mereka.
Nota: Saya bukan mewakili PPIM.
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran