Market jatuh, apa patut buat? Panik, tambah atau tengok je?

PORTFOLIO TENGAH MERAH KE TU?
Rilekslah. Dunia belum kiamat. Kalau tak jual, belum rugi
(Kata-kata untuk penyedap hati)
Unit trust jatuh.
Saham jatuh.
Private mandate jatuh.
Kripto jatuh.
Emas pun jatuh.
Itulah yang terjadi beberapa hari ini.
Apabila pasaran naik, semua seronok dan tamak. Apabila pasaran jatuh, semua mula panik dan takut. Kenapa?
Sebab ramai yang melabur ikut trend, bukan ikut ilmu.
PASARAN SENTIASA BERGERAK DALAM GELOMBANG
Dalam dunia pelaburan, naik turun pasaran itu perkara biasa. Hari ini naik, esok jatuh, lusa naik balik. Ini bukan fenomena baru, tapi benda yang berulang setiap tahun.
Contohnya, Peter Lynch, seorang pelabur legenda yang buat +604% pulangan dalam 13 tahun, pernah melihat portfolionya jatuh sebanyak 27% hingga 56% beberapa kali sepanjang kerjayanya. Tapi apa dia buat? Bertenang. Sebab dia faham bahawa kejatuhan pasaran itu sementara.
Sama macam pilot yang bawa kapal terbang. Tak kira sehebat mana dia terbang, turbulen tetap akan ada.
Tapi adakah dia panik setiap kali kapal terbang bergegar?
Tidak. Sebab dia tahu ini sebahagian daripada perjalanan.
Jadi, kalau anda seorang pelabur, jangan panik apabila pasaran jatuh.
Anda tak boleh kawal apabila pasaran nak jatuh, tapi anda boleh kawal bagaimana anda bertindak.
KENAPA PASARAN JATUH TAPI BISNES TAK BERUBAH?
Harga saham dan nilai sebenar sesebuah perniagaan adalah dua benda yang berbeza. Dalam jangka pendek, harga saham banyak dipengaruhi oleh:
Market maker yang memanipulasi harga
Algo trading berkelajuan tinggi
Forced selling oleh broker apabila akaun margin meletup
Panic selling oleh pelabur yang tak faham apa dia buat
Sebagai contoh, dalam satu kejatuhan pasaran, harga saham Amazon (AMZN) pernah jatuh 20% hingga 30%.
Adakah ini bermaksud Amazon tiba-tiba jadi syarikat yang teruk?
Tidak! Mereka masih buat duit, masih menjual barang, masih untung.
Harga jatuh sebab orang ramai panik. Tapi kalau anda ada saham dalam bisnes berkualiti tinggi, anda tak rugi apa-apa pun kecuali anda sendiri yang panik dan jual!
Bayangkan anda ada rumah sewa bernilai RM500K. Esok jiran sebelah rumah jual rumahnya pada harga RM350K sebab dia kena scam pelaburan dan terdesak nak duit.
Adakah itu bermaksud rumah anda tiba-tiba jadi RM350K juga?
Tidak. Nilai sebenar rumah itu masih RM500K.
Tapi kalau anda fikir,
“Alamak, harga rumah jatuh, baik aku jual cepat!”, dan anda jual pada harga RM350K juga… nah, memang sah rugi!
APA PATUT ANDA BUAT SEKARANG?
Apabila pasaran jatuh, ada 3 pilihan utama:
PANIK DAN CUT LOSS
Terus jual sebab takut rugi lebih banyak. Tapi masalahnya, jual sekarang confirm rugi sebab dah beli harga tinggi.
TAMBAH PELABURAN SEBAB HARGA MURAH
Anggap ini shopping time. Apabila harga tengah murah, inilah masa terbaik untuk beli lebih banyak.
BIARKAN SAHAJA DAN TUNGGU NAIK BALIK
Kalau anda melabur untuk jangka panjang, naik turun pasaran itu biasa.
Mana satu pilihan terbaik?
Jawapannya bergantung kepada objektif dan ilmu pelaburan anda.
Sebelum panik, tanya diri sendiri:
APA TUJUAN ASAL ANDA MELABUR?
Kalau untuk jangka pendek (setahun dua), memang patut risau. Tapi kalau untuk dana persaraan atau jangka panjang, harga jatuh bukan masalah besar.
ADAKAH ANDA MELABUR DENGAN DUIT LEBIHAN?
Kalau ya, relaks. Tapi kalau melabur guna duit nak bayar rumah bulan depan, memang tak boleh tidur malam.
ADAKAH SYARIKAT YANG ANDA BELI MASIH BERKUALITI?
Kalau bisnes itu masih kukuh, untung tetap masuk, apa yang anda takutkan?
KEJATUHAN PASARAN ADALAH PELUANG, BUKAN MALAPETAKA
Kalau anda tahu cara melihat peluang, market correction ini adalah masa terbaik untuk tambah pegangan dalam syarikat berkualiti.
Tapi ingat, jangan fikir nak beli “the bottom”. Tak ada siapa boleh predict bila harga akan betul-betul sampai ke lantai. Jadi, beli secara berperingkat dan average down harga pegangan anda.
Kalau anda sudah all-in dan tiada modal tambahan? Watlek, watpis.
Logout akaun dan datang balik beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan atau beberapa tahun lagi
Kalau beberapa hari lagi masih merah, datang balik beberapa minggu lagi
Kalau beberapa minggu lagi masih merah, datang balik beberapa bulan.
Kalau beberapa bulan masih merah, datang balik beberapa tahun
Percayalah, anda mungkin akan lupa market correction ini pernah berlaku.
Tapi kalau selepas beberapa tahun masih merah, maknanya memang itu bukan pelaburan yang menguntungkan. Kena solat taubat tu
KESIMPULAN: PELABURAN BUKAN UNTUK YANG CEPAT PANIK
Pasaran akan naik dan turun, itu lumrah. Tapi kalau anda melabur kerana ikut trend dan tak faham apa yang anda buat, memang confirm panik apabila harga jatuh.
Kalau anda serius nak melabur, anda perlu:
Tahan sabar dan fikir jangka panjang
Melabur berdasarkan nilai bisnes, bukan harga saham semata-mata
Jangan bertindak berdasarkan emosi, tapi berdasarkan strategi
Jangan biarkan pasaran mengawal emosi anda. Sebaliknya, kawal emosi anda supaya boleh manfaatkan pasaran.
Ramai ke baca sampai habis? Cer komen sepatah dua kata
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran