fbpx

Jika ada tunai, mana yang lebih untung: Beli rumah cash atau melalui financing bank? Bayar prinsipal atau laburkan?

  • 9 months ago
  • 2Minutes
  • 331Words
  • 331Views

Tadi saya update 2 posting berbunyi:

“Jika ada duit lebih, mana yang lebih menguntungkan antara bayar baki prinsipal vs laburkan?”

“Jika ada duit tunai RM500,000 dan nak beli rumah, mana satu kita akan lakukan? Beli secara tunai gunakan duit tersebut atau buat financing dan masih ada banyak lagi duit tunai?”

Macam-macam jawapan diberikan.

Kalau tengok dari segi matematik, sebenanrnya melabur duit lebih tu menarik dan menguntungkan.

Contohnya, kalau kita labur RM100 setiap bulan selama 30 tahun dengan pulangan tahunan 3%, 4%, atau 5%, hasilnya boleh jadi sebagaimana berikut:

3% RM58,014

4% RM68,751

5% RM81,869

6% RM97,925

Jadi, kita boleh nampak potensi untung yang boleh kita dapat melalui pelaburan duit lebih tersebut. Itu baru anggaran keuntungan 3% ke 6%.

Bayangkan jika 8%? 10%? 15??? Tentu lagi tinggi pulangannya. Saya tunjukkan contoh 3% ke 6% adalah pulangan munasabah untuk kita perolehi melalaui cara simpanan konservatif di Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Sebab itu bagi orang yang mempunyai ilmu pelaburan, lebih suka membeli rumah dengan cara membuat pembiayaan melalui bank sebab dia tahu, wang yang dia ada boleh memberi pulangan yang lebih besar.

Namun harus diingati, tak semua benda bergantung pada matematik je.

Setiap orang punya citarasa dan matlamat kewangan yang berbeza. Juga setiap orang mempunyai ilmu dan kemampuan kewangan berbeza.

Ada orang suka rasa puas hati kalau hutang rumah cepat habis daripada tengok nilai pelaburan naik. Bayar hutang rumah lebih cepat boleh buat kita tidur nyenyak malam-malam.

Emosi dan rasa aman kewangan pun penting juga. Setiap pelaburan akan ada risiko tersendiri. Tak semua orang mampu dan sanggup berhadapan dengan risiko.

Ingatlah, tak semua orang ada duit lebih yang banyak untuk pilih antara bayar hutang atau labur duit lebih. Banyak orang dalam situasi duit terhad. Dalam kes macam tu, penting untuk buat perancangan kewangan yang bijak dan buat pilihan yang paling sesuai dengan matlamat hidup kita.

Kesimpulannya, ada yang lebih penting daripada duit, iaitu ilmu tentang duit.

Orang yang ada duit, belum tentu ada banyak ilmu tentang duit. Tapi orang yang ada ilmu tentang duit, pasti mampu menghasilkan lebih banyak duit.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya ada kongsikan screenshot satu komen seorang ayah yang berkongsi…