fbpx

Medical Card 3 Dalam 1?

  • 10 years ago
  • 2Minutes
  • 348Words
  • 586Views

Tip RM | Medical Card 3 Dalam 1?

“Tuan, saya dan famili sudah ada medical card 3 dalam 1. Sekali dengan simpanan dan pelaburan. Kami bayar kira-kira RM1,000 sebulan sekeluarga.

Mohon Tuan review polisi kami”

Saya pun membelek-belek polisi-polisi mereka, lalu bertanya “Bagaimana Puan tahu ia ada simpanan dan pelaburan?”.

Jawabnya “Ejen yg beritahu”.

“Puan bayar sebanyak RM1,000 sebulan, selama 5 tahun. Agak-agak berapa simpanan dan pelaburan yg ada sekarang?”, saya bertanya.

Dia mencongak-congak “Mesti banyak, mungkin lebih daripada separuh”.

“Puan, polisi medical card Puan memang ada simpanan dan pelaburan TAPI SANGAT-SANGAT-SANGAT sedikit. Berdasarkan kiraan saya daripada maklumat dalam polisi ini, tidak sampai separuh caruman pun nilai tunai yg ada”.

“Eh, takkanlah!”, beliau tidak percaya. Nampak terkejut.

“Tidak mengapa Puan. Puan boleh hubungi syarikat takaful Puan dan tanyakan nilai tunai polisi-polisi Puan. Kemudian maklumkan kpd saya supaya mudah utk kita review sama-sama”, saya memberi cadangan.

Selepas seminggu, saya menerima mesej di whatsapp;

“Salam Tuan, dah dapat ”

“Dah dapat?”, balas saya. Dengan ikon “kesedihan” yg dihantar , saya sudah jangkakan sesuatu.

“Huhu…. Rasa nak pengsan”, balas beliau sambil sertakan nilai tunai polisi-polisi beliau suami-isteri dan anak-anak yg beliau perolehi.

Saya membaca satu persatu. Melebihi apa yang saya jangkakan; ada polisi yang nilai tunainya RM200, ada yang RM100 ada yang RM70 malah yang paling mengejutkan ada yang RM0 nilai tunainya!

“Macamana?”

“Puan istikharah”.

Moral cerita:

1. Fungsi takaful adalah utk PERLINDUNGAN KEWANGAN, bukan utk SIMPANAN, apatah lagi PELABURAN. Jangan terus percaya bulat-bulat cakap ejen. Lakukan due diligence.

2. Selain maklumat lisan dari ejen, semak kembali polisi takaful yang anda sertai supaya maklumat di dalam polisi sama dengan apa yang diceritakan. Pasti tidak ada dalam polisi tercatat “Medical Card 3 Dalam 1”.

3. Sebelum sertai, pastikan semak juga maklumat produk dengan dapatkan “Product Disclosure Sheet” atau PDS daripada ejen atau dari website syarikat. Di PDS juga tidak ada tercatat “Medical Card 3 Dalam 1”.

4. Semak dan review polisi anda 2-3 tahun sekali supaya anda mendapat maklumat up to date.

5. Jangan terus percaya cerita saya 100%. Jika Tuan-Puan sudah mengambil polisi sebagaimana di atas, masih ada masa utk hubungi syarikat takaful Tuan-Tuan utk semak dan review cash value polisi anda.

Afyan Mat Rawi, IFP
www.afyan.com

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika melanggan medical card utk kanak-kanak, jangan ambil medical card…