fbpx

Medical card harga tetap? Semak sebelum setuju

  • 1 day ago
  • 2Minutes
  • 315Words
  • 9Views

Hari ini, saya terlihat satu iklan yang menyatakan “MEDICAL CARD HARGA TETAP.”

Tertarik dengan tawaran itu, saya pun mengisi maklumat dan tidak lama kemudian dihubungi oleh seorang ejen untuk diberikan quotation.

Sebagai langkah berhati-hati, saya meminta dokumen rasmi untuk rujukan.

Ejen tersebut dengan pantas memberikan dokumen ilustrasi polisi rasmi atas nama syarikat, yang saya anggap sebagai satu langkah profesional dan telus.

Namun, selepas saya semak dokumen tersebut, saya dapati terdapat klausa yang menunjukkan tiada jaminan harga tetap seperti yang diiklankan.

Malah, dokumen itu turut menyatakan bahawa syarikat berhak untuk membuat perubahan terhadap sumbangan pada bila-bila masa, bergantung kepada keadaan tertentu.

Apabila saya bertanya kepada ejen tersebut, beliau menjelaskan bahawa harga tetap itu adalah berdasarkan jadual yang diberikan.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu agak bercanggah dengan amaran dan penafian dalam dokumen yang jelas memberi kuasa kepada syarikat untuk mengubah kadar sumbangan.

Setelah berbual lebih lanjut, saya memahami bahawa ejen tersebut masih baru dalam bidang ini.

Saya tidak menyalahkannya kerana sudah tentu maklumat yang diberikannya adalah hasil latihan daripada leader atau ejen senior yang mengrekrutnya.

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Saya pun sedaya upaya untuk menutup sebarang maklumat ejen dan syarikat.

Ia adalah sebagai peringatan kepada kita semua untuk lebih berhati-hati semasa melanggan polisi takaful.

Penting untuk memastikan apa yang diterangkan oleh ejen sama seperti apa yang tertulis dalam dokumen polisi.

Ini boleh dilakukan dengan meminta dokumen rasmi untuk rujukan dan membaca dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain itu, pelanggan juga perlu memanfaatkan tempoh bertenang selama 15 hari yang diberikan oleh syarikat takaful.

Dalam tempoh ini, pelanggan boleh menilai kandungan polisi, dan jika ada perkara yang tidak memuaskan, polisi tersebut boleh dibatalkan dengan mendapatkan semula 100% wang sumbangan.

Sebagai pelanggan, kita juga perlu proaktif dalam memastikan bahawa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kefahaman yang jelas, bukan semata-mata pada penerangan lisan atau iklan yang menarik perhatian.

Afyan Mat Rawi

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Satoshi Nakamoto: Si genius yang misteri di sebalik Bitcoin Bayangkan…