fbpx

Membeli Rumah Kediaman Di Zaman Gawat

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 265Words
  • 362Views

Tips ini saya kongsi tahun 2016, masih releven selepas 2 tahun.

Lebih-lebih lagi baru-baru ini diumumkan jumlah rumah yang tak terjual pada tahun suku pertama 2018 paling tinggi dalam sejarah.

Moga ia bermanfaat.

Tip RM | Membeli Rumah Kediaman Di Zaman Gawat.

Seorang rakan bertanya saya nasihat saya utk membeli rumah utk didiami pada zaman gawat sebegini.

Ini respon saya;

1. Beli rumah subsale, yakni rumah “2nd hand ” dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.

2. Beli di bawah market value. Sekarang banyak pemilik rumah yg nak jual rumah di bawah harga market rentetan kegawatan ekonomi. Masa beli sudah untung, dpt harga diskaun.

3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan. Dibimbangi ia terbengkalai.

4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh pembiayaan, supaya dpt minimakan pembayaran bulanan. Cashflow bulanan stabil.

5. Pilih bank yg berikan harga yg tinggi supaya dpt maksimakan pembiayaan sekaligus dpt meminimakan wang keluar. Apabila beli rumah yg di bawah market value, byk kos dpt dikurangkan.

6. Beli rumah yg installment lebih kurang sewa bulanan. Kalau installment lebih tinggi daripada sewa, lebih baik sewa.

7. Menyewa atau membeli rumah yg mahal sedikit tapi dekat dengan tempat kerja atau pengangkutan awam, MUNGKIN lebih baik daripada membeli rumah yg murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau membeli rumah yg dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos petrol, tol, maintenance dsb.

Afyan Mat Rawi, IFP

(Disclaimer: Saya bukan REN dan bukan pelabur hartanah tegar)

>>>>>>>
Daftar Seminar Bijak Merancang Wang di http://seminarbmw.afyan.com

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selalunya jika ada ahli keluarga tak sihat dan perlukan rawatan,…