fbpx

Memori haji 1438: Arafah

  • 10 months ago
  • 1Minute
  • 194Words
  • 144Views

Sempena hari Arafah, saya kongsikan balik kenangan yang tak terlupakan sepanjang hayat ketika menunaikan rukun Islam kelima ini.

Hari Arafah adalah kemuncak haji. Ia adalah rukun. Tidak berada di Tanah Arafah, tidak dikira hajinya.

Memang sempit dan panas, sehinggakan ada jemaah yang terpaksa membina khemah buatan sendiri di luar khemah yang disediakan. Termasuk saya.

Makanan pula ialah makanan yang dimasak oleh warga Arab Badwi di sana yang sukar ditelan oleh tekak orang Malaysia. Rujuk beberapa gambar terakhir. Saya panggil Nasi Lemak Badawi.

Alternatifnya, rujuk gambar terakhir. Makanan yang jarang saya makan di Malaysia, tapi di Arafah dan Mina, hampir setiap hari menjamahnya – Mi Segera. Ini sahaja makanan yang menepati cita rasa Malaysia.

Hendak dijadikan cerita, bermula dari hari Arafah hingga ke Mina, saya demam dan sangat tidak bermaya walaupun berminggu-minggu sebelum itu sihat sejahtera.

Ia antara ujian yang saya tempuhi ketika itu. Tapi ada jemaah yang lebih lebih teruk ujiannya.

Apapun bersyukur kerana ALLAH memberi saya kesihatan sebaik sahaja saya balik dari melontar dan bercukur.

Catatan lain di #MemoriHaji1438. Berminat ke kalau saya sambung lagi catatan saya di sana?

Afyan Mat Rawi

Alumni Haji 1438 / 2017
Hotel Fajr Badie 4

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Banyak isu yang viral, selalunya di hujung sekali akan ada…