fbpx

Memori Piala Thomas 1992

  • 10 years ago
  • 2Minutes
  • 232Words
  • 429Views

memori piala thomas 1992

Saya berusia 12 tahun ketika itu.

Saya ingat-ingat lupa. Ketika itu kami sekeluarga (dan seluruh rakyat Malaysia) menonton secara langsung siaran TV1.

Musim piala Thomas sepanjang bulan itu sangat meriah, rata-rata rakyat Malaysia menjadikan badminton sebagai aktiviti riadah petang.

Malam bersejarah pertembungan yang amat nostalgik di antara pasukan Malaysia dengan musuh tradisi Indonesia, yang menampilkan nama-nama besar seperti Joko Suprianto, Eddy Hartono, Rudy Gunawan dan lain-lain yang saya tidak ingat.

Lagi “Kau Boleh” bermain di kaca-kaca TV dan corong-corong radio sebagai pemberi semangat kepada pasukan Malaysia.

 

Anak-anak Sidek menjadi sebutan. Rashid, Razif, Misbun, Jailani serta rakan mereka Foo Kok Keong menjadi wira negara.

Pekan kecil di Banting menjadi terkenal penangan keluarga Sidek yg berasal dari sana.

Di malam bersejarah itu, Piala Thomas menjadi milik Malaysia disambut dengan linangan air mata seluruh rakyat Malaysia.

Slogan “Malaysia Boleh” menjadi kata-kata keramat.

Itu memori lebih 20 tahun lampau.

Tanpa internet, tanpa FB, tanpa twitter, tanpa instagram dan lain-lain, Piala Thomas menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia sehingga kita berjaya merangkulnya!

Kini 2014, walaupun dengan kepesatan teknologi maklumat, kempen Piala Thomas 2014 nampak hambar.

Tiada lagu “Fikirkan Boleh”, tanpa slogan “Malaysia Boleh”, musim Piala Thomas berlangsung sepi.

Mungkin dek penangan isu-isu dalam negara spt PRK, panda, GST, TNB, MH370, hudud, Dyana, MAS dll menenggelamkan piala prestij ini.

Sehari dua ini baru hangat, dan bakal menjadi lebih hangat menjelang final nanti.

Mudah-mudahan Malaysia menang!

p/s: Apa memori Piala Thomas 1992 anda?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Membuat perancangan kewangan seumpama membaca buku peta. Perkara UTAMA…