fbpx

FAQ Takaful (3) : Apa beza Takaful IKHLAS dengan PruBSN Takaful?

  • 13 years ago
  • 1Minute
  • 203Words
  • 618Views

Soalan cepu mas daripada Cik Puan Zahida Zakaria melalui FB www.facebook.com/RahsiaTakaful:

“Apa beza Takaful IKHLAS dengan PruBSN Takaful?”.

 

Jawapan:

Analogi mudah yang yang boleh diberikan – ia umpama beza di antara Bank Islam dengan Bank Muamalat, kedua-duanya adalah bank dan fungsinya sama tapi berbeza dari segi operasi, produk dan lain-lain.

 

Begitu juga beza di antara Takaful IKHLAS dengan PruBSN Takaful, malah dengan syarikat-syarikat pengendali takaful yang lain di Malaysia. Semuanya menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan, tetapi berbeza dari segi produk, operasi dan lain-lain lagi.

 

 

Tambahan soalan daripada beliau lagi:

“tapi prubsn asal dari prudential. tauke dia bukan cina ke?”

 

Jawapan:

Lagi soalan kontraversi daripada Cik Puan Zahida 🙂

 

Analogi mudah yang boleh saya bandingkan, sama seperti jawapan yang saya berikan terhadap soalan Tuan Asyraf “Adakah semua takaful halal”.

 

Sebagaimana produk-produk yang ada cop “Halal JAKIM” yang ada di pasaran, ada juga yang dikeluarkan oleh orang-orang non-muslim. Dari segi fizikal dan zat produk-produk tersebut telah disahkan halal oleh JAKIM. Namun, jika kita mempunyai kemampuan untuk mengesahkan kehalalannya, ia adalah lebih baik.

 

 

 

Kami sedang mengumpulkan FAQ tentang takaful. Apa yang bermain-main di fikiran Tuan-Puan apabila terbayangkan “takaful”? Jika ada, boleh ajukan kepada kami.


 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

15 Comments
  1. Avatar
    • Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
    • Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
  8. Avatar
  9. Avatar
    • Avatar
  10. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Soalan daripada Tuan Amin Ledang melalui FB www.facebook.com/RahsiaTakaful: "ada seseorang…