fbpx

Menang!

  • 8 years ago
  • 4Minutes
  • 616Words
  • 617Views

Alhamdulillah, Allah berikan kemenangan berpihak kepada saya atas kes saman pemula yangg dikemukakan oleh Alfafa.

Terima kasih kepada barisan peguam yang dedikasi Tuan Azmir Zakaria dan Tuan Muhammad Akram daripada firma guaman Tetuan Akram Hizri & Azad.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam defendan (saya) untuk membatalkan saman pemula Alfafa terhadap saya.

Ia sekaligus permohonan saman pemula tuntutan Alfafa terhadap saya dibatalkan oleh mahkamah.

Sehubung dengan itu saya ucapkan terima kasih terhadap semua rakan-rakan yang menyokong saya sepanjang kes ini berjalan terutama yang membuat pembelian sepanjang saya menjalankan jualan amal untuk menampung kos guaman kes ini.

Juga tidak lupa kepada Saudara Khairul Ezuwan dan Saudara Luqmanul Hakim Abd Rahim yang sama-sama berjuang melawan scammer dan cuba diheret ke mahkamah.

Malah tidak lupa kepada rakan-rakan yang memberi sokongan melalui komen, like dan emoticon FB ini dan rakan-rakan lain yang tidak sempat saya perincikan di sini.

Pagi tadi mahkamah membenarkan permohonan peguam defandan untuk membatalkan saman pemula Alfafa, dengan kos.

Dalam sesi pagi tadi, hakim bertanyakan kepada Saudara Azmir selaku peguam defendan yang mewakili saya berhubung kos yang sewajarnya lalu peguam saya menyatakan “RM30,000.00”, sesuai dgn kos yang biasa di Mahkamah Tinggi.

Kemudian, peguam plaintif pula memberi pandangan, kos yang sewajarnya hanyalah RM1,000.

Hakim pun tertawa kecil selepas mendengar kata-kata peguam plaintif dan hakim berkata kepada beliau “banyak ni nak baca”, sambil tersenyum dan membelek helaian kertas-kertas kausa mahkamah.

Lalu hakim membuat keputusan untuk mengarahkan alfafa membayar kos kepada saya selaku defendan berjumlah RM10,000.

Sebagai tanda syukur, saya dengan ini mengumumkan Seminar Bijak Merancang Wang 2017 yang pertama kali dijalankan di Lembah Klang untuk tahun 2017 pada hari Sabtu ini, PERCUMA untuk semua!

Seminar Bijak Merancang 2017 ini akan jadi FREE SHARING Seminar Bijak Merancang Wang 2017.

Lokasi program di UNIKL Gombak (sebelah UIAM Gombak) bermula jam 8:30 pagi hingga ke jam 5:30 petang, pada hari Sabtu, 18 Februari 2017.

Bayaran hanya dikenakan RM30 sahaja sebagai tanda jadi. Harga asal ialah RM300. Tempat dan buku workbook terhad.

Untuk pendaftaran, boleh berhubung dengan pembantu saya Saudara Aqiel Abd Rahim di talian 013 490 1400 (wassap sahaja).

[NOTA PENTING: Dari semalam mesej masuk tak putus-putus. Jadi, mohon bersabar Tuan-Puan sehingga petang ini jam 5:00 petang 16 Februari 2017. Pendaftaran akan ditutup selepas jam 5]

Asalnya saya mahu buat percuma terus tapi nanti tidak adil pula bagi yang sudah membuat bayaran sebelum ini. Jadi saya letakkan sedikit bayaran sebagai tanda jadi untuk hadiri program ini.

Tapi jika ada yang memang tidak mampu, yang betul-betul berhajat untuk hadir ke program ini bagi membantu perancangan kewangan, boleh juga berhubung dengan pembantu saya tadi untuk tiket free. Ya, ini serius.

Detail seminar di Seminar Bijak Merancang Wang

Saya tak mampu buat kenduri kesyukuran untuk semua friends, follower dan haters saya yang mencecah puluhan ribu.

Kos guaman pun cecah 5 angka jadi, dan pihak Alfafa pun belum tentu buat pembayaran kos tersebut menandangkan sebelum ini mereka turut mendapat perintah mahkamah untuk disita pejabat kerana gagal membayar sewa 6 bulan premis mereka di Mutiara Gombak.

Jadi saya jadikan program ini dengan kos yang paling rendah pernah saya anjurkan, malah FOC bagi sesiapa yang benar-benar berhajat sebagai tanda syukur saya.

Mudahan-mudahan sumbangan balas saya ini diterima ALLAH sebagai amalan.

Mohon kongsikan status ini supaya lebih ramai yang alert dan dapat manfaat daripada sumbangan ini.

Turun dari mahkamah tadi saya sempat bertanya kepada peguam plaintif “Norsham mana?”, dan dia hanya senyum sambil menggelengkan kepada. Saya kirimkan salam saya melalui beliau kepada Norsham sambil tersenyum.

Next move? Saman balik, atau biar sahaja?

Apapun;

Lawan Tetap Lawan!
Istiqamah Hingga Kemenangan!

[[[[[NOTA PENTING:

Dari semalam mesej masuk tak putus-putus.

Jadi, mohon bersabar Tuan-Puan sehingga petang ini jam 5:00 petang 16 Februari 2017.

Pendaftaran akan ditutup selepas jam 5 ptg ini.

Mohon Tuan-Puan yang sudah membuat pembayaran, untuk simpan slip pembayaran dan print siap-siap untuk dibawa ke meja pendaftaran hari Sabtu ini.

Maaf atas kesulitan]]]]]

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ambil sahaja anak-anak di sekolah tadi, anak-anak terus tanya soalan…