fbpx

Jelajah Restoran Mamak

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 661Words
  • 762Views

Pagi-pagi Selasa rasa agak janggal keluar rumah, jalan tak jammed.

Baru teringat, hari ini cuti Deepavali.

Tak ada kerja, saya pun pusing-pusing dari Sri Gombak ke Batu Caves sambil-sambil perhatikan restoran-restoran mamak sekitar sini.

Berikut adalah restoran-restoran mamak yang ada sekitar sini :

1. Restoran Thaqwa, Sri Gombak – BUKA.

Restoran ini memang paling popular di Gombak. Ada 4 cawangan di sekitar sini, dekat-dekat pula tu.

2. Restoran Haji Imran – BUKA.

Ini pesaing terdekat Restoran Thaqwa. Jarak pun tak jauh.

3. Restoran Istilah – TUTUP.

Orang lama Gombak tahu ini bukan restoran Mamak Muslim. Sebelum ini namanya Restoran Madura.

4. Restoran Thaqwa, Prima Gombak – BUKA.

Satu lagi cawangan Thaqwa di Gombak. Kira-kira 1 km dari yang tadi.

5. Restoran Azhaar Maju, Prima Gombak – BUKA.

Panjang pula harakat Azhaaaaaar tu. Betul-betul depan Restoran Thaqwa tadi.

Selepas berThaqwa, terus ke Al-Azhaaaaar

6. Restoran Nasi Vanggey, Prima Gombak – BUKA.

Jenama restoran mamak cuma tak pasti pemiliknya.

Update: Pemiliknya muslim bumiputera. Ada tag di ruang komen.

7. Restoran Ameena Bee, Prima Gombak – BUKA.

8. Restoran Bintang Tujuh, Taman Bolton – BUKA.

9. Restoran Pantai Maju, Tmn Samudera – BUKA.

10. Restoran Ayza’s, Taman Samudera – BUKA

Selalunya restoran mamak akan ada nama Arab seperti Thaqwa, Ameena, Azhaaar dan juga perkataan “Maju”. Tapi yang ini agak unik namanya.

11. Restoran Hababil, Tmn Samudera – BUKA.

12. Restoran Afin Maju, Tmn Sri Batu Caves – TUTUP ketika Cuti Deepavali.

Fuhhh….. Selalunya pagi-pagi dah buka. Beberapa kali saya makan di sini. Masa tu pejabat saya tak jauh dari sini. Adeh….

UPDATE: Pemilik restoran ini adalah Muslim. Saya baru terima komen dan PM dari beliau bahawa di kawasan ini banyak kes gangsterisme yang menyebabkan beliau tutup ketika Cuti Deepavali. Saya pernah menyewa di kawasan ini dan bersetuju apa yang dikatakan. Boleh rujuk juga bahagian komen daripada Syed Abthair.

13. Restoran Al-Esfan Bistro, Tmn Sri Batu Caves – BUKA.

14. Restoran D’Maju, Taman Amaniah – BUKA.

15. Restoran Amaniah Bajet – TAK BUKA. TUTUP.

Cuti Deepavali?

UPDATE: Berdasarkan komen, maklumkan kedai ini pekerjanya Acheh dan seorang Mamak.

16. Restoran Ibrahim Maju, Taman Amaniah – BUKA.

17. Restoran Al Kader, Taman Amaniah – BUKA.

18. Restoran Abdullah, Selayang Baru – BUKA.

18. Restoran Abdullah, Kg Laksamana – BUKA.

19. Restoran Al-Umar, Pinggiran Batu Caves – TAK BUKA. TUTUP.

Cuti?

UPDATE: KEDAI INI MEMAH SUDAH LAMA TUTUP. BUKAN SEBAB CUTI DEEPAVALI. TQ RAKAN YG BERIKAN KOMEN.

20. Damai Bistro, Pinggiran Batu Caves – BUKA.

21. Restoran Nasi Kandar Ad-Deen, Gombak Permai – BUKA

22. Restoran Rahman Briyani, Pinggiran Batu Caves – BUKA.

Ingat tak Nasi Briyani yang viral setiap kali bulan Ramadhan di bazar Ramadhan Pinggiran Batu Caves disebabkan nasinya banyak dan sedap serta berbaloi dengan harga?

Inilah pemiliknya. Restoran ini baru buka tahun lepas kalau tak silap saya, selepas beberapa tahun gerainya viral.

Lepas pemiliknya buka restoran ini, saya tak tunggu Ramadhan dan tak payah beratur panjang dah untuk menikmatinya. Hahaha

Alhamdulillah, majoriti buka di awal pagi dan tidak cuti sempena Deepavali.

Tapi ada juga yang tutup sempena Deepavali, sama ada pemiliknya menyambut Deepavali atau pekerja yang menyambut Deepavali sehingga terpaksa tutup, Wallahualam, hanya pemilik sahaja yang tahu.

Yang tak bestnya, ada juga restoran yang tutup itu, pernah saya makan dan minum di situ.

Adeh…

Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;

1. Banyak betul restoran Mamak di sini. Rasanya kedai makan Melayu pun tak sebanyak ini.

2. Restoran Mamak majoritinya berada corner lot atau paling kurang end lot. Susah nak cari kedai Melayu yang berkedudukan strategik sebegini.

3. Nama restoran Mamak memamg simple. Selalunya ada perkataan Arab (Thaqwa, Berkat, Haji, Al-Azhaar, Abdullah) atau ada perkataan “Maju” atau kedua-duanya.

4. Awal-awal pagi dah buka. Mungkin juga sebab 24 jam.

5. Kebanyakan masa di restoran Mamak sentiasa ramai orang. Apa rahsia mereka?

Saya mulakan dengan gambar pertama, restoran Mamak paling unggul & popular di Gombak dan diakhiri dengan restoran yang masakannnya pernah viral.

Kalau Tuan-Puan ada ambil gambar restoran mamak pada hari ini sempena Cuti Deepavali, sudi-sudikan berkongsi ya.

Semoga jadi panduan kepada rakan-rakan untuk memilih restoran Mamak yang sesuai.

Afyan Mat Rawi
Jarang-jarang makan di restoran Mamak

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
REBUS BATU PUJUK ANAK KELAPARAN BOTA: “Kesempitan hidup pernah memaksa…