fbpx

Menangguhkan kepuasan: Rahsia jutawan dalam mengatur kewangan dan meraih kemerdekaan kewangan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 380Words
  • 343Views

Saya ada kongsikan screenshot komen seorang followers, katanya bekas boss beliau hanya pakai Kelisa sahaja, sedangkan duduk di rumah 3 tingkat siap liff dan kolam renang.

Kemudian ada yang kata, majikan tersebut kedekut dan pasti pekerja datang dan pergi.

Sebenarnya, itulah beza cara fikir orang yang betul-betul kaya dengan orang yang belum pernah kaya.

Ia bukan kedekut tapi adalah cara fikir jutawan yang suka menangguhkan kepuasan. Wangnya dihabiskan bukan untuk kepuasan diri sendiri.

Contoh epik yang saya boleh berikan ialah Sdra Khairul Aming.

Jualan Sambal Nyet beliau dicatatkan RM7.5 juta tapi beliau lebih selesa memakai kereta Perodua Bezza sahaja.

Harga kereta berkenaan bersamaan jualannya Sambal Nyet seminggu sahaja. Hahaha!

Adakah beliau seorang majikan yang kedekut?

Tidak sama sekali. Beliau seorang pekerja yang pemurah dan sangat menjaga kebajikan pekerja.

Adakah pekerja beliau datang dan pergi? Itu saya tiada info. Cuma ramai komen netizen mengatakan alangkah bertuahnya jika menjadi pekerja syarikat Sdra Khairul Aming.

Apabila melihat orang kaya tidak pakai kereta mewah, pada pandangan orang biasa-biasa ia dikatakan kedekut, kufur nikmat dan sebagainya.

Walhal sebenarnya cara fikir mereka yang berbeza dengan orang biasalah menyebabkan dia jadi kaya, malah kaya raya!

Orang-orang biasa gagal menahan diri mereka daripada berbelanja apabila menerima gaji, kononnya kata mereka reward diri sendiri.

Walhlal hakikatnya, cara fikir yang tidak dapat menangguhkan kepuasan itulah menyebabkan mereka hidup biasa-biasa dan mencari salah orang lain, kemudian menuduh orang-orang kaya sebagai kapitalis, kedekut dan seumpamanya.

Sebenarnya fenomena ini adalah fenomena jutawan-jutawan sejagat. Bukan setakat Khairul Aming, malah para jutawan lain di Malaysia dan di seluruh dunia pun sama tabiat mereka, seperti Syed Mokhtar Bukhary, Pn Ainon Mohd, Dato’ Ali Mydin, Warren Buffet, Bill Gates Dan lain-lain.

Di mata orang biasa yang tidak tahu hujung pangkal mungkin akan menganggap, jika orang kaya beli kereta murah bermakna mereka kedekut, kufur nikmat, taik hidung masin dan seumpamanya.

Walhal, itulah dia salah satu daripada 9 identiti yang menjadi mindset dan habit seorang jutawan, MENANGGUHKAN KEPUASAN atau DELAY GRATIFICATION.

Perkara ini dikongsikan dalam buku F.I.R.E aka Financial Independence Retire Early atau #BukuFIRE.

Dalam buku ini dikongsikan bagaimana untuk mencapai FIRE dengan mendidik minda dan tabiat sebagaimana jutawan-jutawan lakukan, kita akan lebih mudah untuk mencapai tahap merdeka wang dan seterusnya bersara awal.

Detail kandungan buku ini ada di BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Komen daripada Tuan Muhamad Qalif dalam posting saya, komen seorang…