fbpx

Kenangan Di Arafah

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 312Words
  • 617Views

Sejak 3 – 4 minggu lepas apabila saya kongsikan pengalaman mengerjakan haji melalui gambar dan video, ramai yang menyangka saya sedang mengejakan haji.

Ada rakan-rakan yang berjumpa saya di program, menyapa “Eh, dah balik haji ke?”.

Aduh… Ingat saya pergi haji balik hari? Hahaha

Ini kes tengok gambar dan video di FB tapi tak baca status.

Semua status yang saya catat di FB menerusi hashtag #MemoriHaji1438 adalah catatan haji tahun lepas.

Ini pula catatan ketika hari Arafah, berkebetulan sekarang beberapa hari lagi menjelang hari Arafah.

Jangan ada yang menyangka saya berada di Arafah sekarang ini 

Hari Arafah adalah kemuncak haji. Ia adalah rukun. Tidak berada di Tanah Arafah, tidak dikira hajinya.

Dalam video pertama, ialah gambaran di dalam dan luar khemah jemaah haji Malaysia yang menunaikan ibadah haji melalui muassasah beserta sedikit khutbah Hari Arafah yang disampaikan oleh Ustaz Shairozi Bin Hashim, pembimbing haji kami.

Memang sempit dan panas, sehinggakan ada jemaah yang terpaksa membina khemah buatan sendiri di luar khemah yang disediakan. Termasuk saya.

Makanan pula ialah makanan yang dimasak oleh warga Arab Badwi di sana yang sukar ditelan oleh tekak orang Malaysia. Rujuk 3-4 gambar-gambar terakhir. Saya panggil Nasi Lemak Badawi.

Alternatifnya, rujuk gambar terakhir. Makanan yang jarang saya makan di Malaysia, tapi di Arafah dan Mina, hampir setiap hari menjamahnya – Mi Segera. Ini sahaja makanan yang menepati cita rasa Malaysia.

Hendak dijadikan cerita, bermula dari hari Arafah hingga ke Mina, saya demam dan sangat tidak bermaya walaupun berminggu-minggu sebelum itu sihat sejahtera.

Ia antara ujian yang saya tempuhi ketika itu. Tapi ada jemaah yang lebih lebih teruk ujiannya.

Apapun bersyukur kerana ALLAH memberi saya kesihatan sebaik sahaja saya balik dari melontar dan bercukur.

InsyaALLAH selepas ini saya akan berkongsi pengalaman di Mina dan menunaikan ibadah melontar. Doakan saya rajin dan istiqamah menulis dan mengimbas kembali 

#MemoriHaji1438

Afyan Mat Rawi
Alumni Haji 1438
Hotel Fajr Badie 4

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya rasa peperangan saya dengan Norsham Alfafa ni dah macam…