fbpx

Menelusuri kenaikan harga dan impaknya terhadap kos sara hidup

  • 3 days ago
  • 2Minutes
  • 371Words
  • 12Views

Berdasarkan kalkulator inflasi dari DOSM, barangan yang berharga 40 sen pada tahun 1987, sepatutnya berharga RM1 sahaja pada tahun 2024.

Tapi realitinya harga martabak sekarang berharga minima RM5.

Jauuuuh lebih tinggi daripada standard inflasi Malaysia.

Malaysia CPI Inflation Calculator adalah berdasarkan data daripada Indeks Harga Pengguna yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi standard inflasi Malaysia adalah bawah 4% berdasarkan purata indeks harga barang.

Realiti sebenar lebih tinggi, iaitu sekitar 6%. Contoh macam kes martabak tadi, dan ia bukan dlm kategori “standard basket of good” bagi kalkulator inflasi CPI tadi.

Perkara sama berlaku dalam harga perkara lain seperti rumah, perubatan dan sebagainya.

Ini antara topik penting yg saya selalu kongsikan dalam #SeminarBMW Seminar Bijak Merancang Wang. Topik tentang inflasi.

Contoh biasa saya gunakan ialah harga karipap;

✔️ Harga karipap hari ini ialah RM0.60 ke RM0.70 sebiji

✔️ Harga karipap 10 tahun lalu, tahun 2014 sekitar RM0.40 ke RM0.50

✔️ Harga karipap 20 tahun lalu, 2004 sekitar RM0.30

✔️ Harga karipap 30 tahun lalu, 1994 sekitar RM0.20

⁉️ Bermakna dalam masa 30 tahun, harga karipap naik 3 kali ganda ⁉️

Contoh lain yg kita boleh tengok juga adalah RUMAH.

(Ia mungkin berbeza mengiku lokasi, tapi Tuan-Puan boleh bayangkan rumah yg berharga RM600,000 utk membuat anggaran & andaian yang sama)

✔️ Harga rumah teres hari ini ialah RM600,000 sebuah.

✔️ Harga rumah yg sama 10 tahun lalu, 2014 sekitar RM200,000 ke RM300,000

✔️ Harga rumah yang sama 20 tahun lalu, 2004 sekitar RM150,000

✔️ Harga rumah yang sama 30 tahun lalu, 1994 sekitar RM100,000

⁉️ Bermakna harga rumah meningkat 6 kali ganda dalam masa 30 tahun⁉️

Inflasi memakan nilai wang dalam akuan kita tanpa kita sedari.

Ia perkara di luar kemampuan untuk kita kawal.

✖️Kita tak mampu kawal inflasi.

✖️Kita tak mampu kawal harga barang.

✖️Kita tak mampu kawal GST.

✖️Kita tak mampu kawal SST.

✖️ Kita tak mampu kawal harga durian.

✖️ Kita tak mampu kawal harga tomato Dan kangkung.

✖️ Kita tak mampu kawal harga nasi lemak.

✖️Kita tak mampu kawal kerajaan walaupun kita boleh pilih 4-5 tahun sekali. Dah tukar pun sama sahaja.

Tapi kita boleh kawal cara hidup.

✔️Kita boleh kawal tindakan yang boleh kita ambil untuk menghadapi kenaikan kos Sara hidup.

✔️Kita boleh kawal apa yang kita beli.

✔️Kita boleh pilih pekerjaan kita.

✔️Kita boleh pilih kereta yang kita pakai

✔️Kita boleh pilih buku apa kita nak baca

✔️Kita boleh pilih di mana kita hendak melabur.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terbaca berita ini tadi. Suruhanjaya Sekuriti memberi peringatan kepada pelabur…