Mengapa Bill Gates Tidak Benarkan Anak Perempuannya Berkahwin Dengan Lelaki Miskin?
Mengapa Bill Gates tidak benarkan anak perempuannya berkahwin dengan lelaki miskin?Jawapan yang diberikan sungguh mind blowing!
Tulisan ini viral sehari dua ini, asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris yang disiarkan
Beberapa tahun lepas, ada sebuah konferensi di Amerika Syarikat berkenaan pelaburan dan kewangan dan salah seorang speakernya ialah Bill Gates.
Dalam sesi soal jawab, seorang peserta bertanyakan soalan yang menyebabkan ramai orang di dalam konferensi itu tertawa.
Soalan itu berkenaan, mengapa tidak beliau, seorang yang paling kaya di dunia, membenarkan anaknya berkahwin dengan orang miskin atau orang biasa-biasa? Jawapannya sungguh mind blowing!
Apa jawapan Bill Gates?
Katanya, pertama sekali berharta bukan semata-mata memiliki akaun bank yang sibuk atau erti kata lain, mempunyai wang yang banyak.
Berharta bermaksud keupayaan menjadi kaya.
Aduh, peningnya! Apa bezanya?
Begini, saya berikan satu contoh mudah untuk faham.
Contohnya ada orang yang kaya raya disebabkan memang loteri atau disebabkan cabutan bertuah atau disebabkan memenangi hadiah.
Sebenarnya orang sebegitu masih lagi miskin.
Ya, mereka masih orang miskin. Orang miskin yang memiliki banyak wang! Kenapa? Berdasarkan kajian, 90% orang-orang yang sedemikian rupa akan kembali menjadi kehidupan asal selepas 5 tahun.
(Tambahan oleh penterjemah: Boleh juga lihat dalam cerita Jutawan Felda Sendayan yang saya pernah tulis dalam Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW BukuBMW.com. Kisah para peneroka Felda yang menerima wang pampasan daripada kerajaan apabila mengambil alih tanah-tanah mereka untuk dimajukan. Semua menjadi jutawan segera dan dalam masa 5 tahun meraka kembali kepada kehidupan asal mereka)
Sebenarnya, ada juga orang yang berharta tapi mereka belum kaya!
Ah, sudah? Lagi pening!
Contohnya para usahawan.
Mereka sebenarnya sudah berada di jalan benar! Mereka sedang membina harta dan kekayaan, sekalipun mereka belum lagi menjadi kaya. Apa yang penting ialah mereka sedang membina asas yang kukuh menjadi kaya melalui kebijaksanaan kewangan.
Inilah bezanya antara orang kaya dengan orang miskin.
Orang kaya sanggup mati untuk mereka menjadi kaya, manakala orang miskin pula sanggup berbunuhan untuk menjadi kaya.
Jika ada orang muda yang sanggup belajar dan menimba ilmu baru dalam usaha meningkatkan taraf hidupnya, ketahuilah bahawasanya itulah orang kaya yang sebenar.
Tapi jika ada orang muda yang suka mencari salah kerajaan, kemudian mengatakan orang kaya adalah pencuri kekayaan negara, dan tak habis-habisan mengkritik semua perkara – itulah dia orang miskin.
Orang kaya percaya bahawa mereka memerlukan ilmu dan latihan untuk mereka berubah, manakala orang miskin pula berharap ada orang lain memberi mereka wang supaya hidup mereka berubah.
Kesimpulan oleh Bill Gates:
Apabila saya mengatakan anak perempuan saya hanya boleh berkahwin dengan orang kaya, ia bukan merujuk kepada wang semata-mata. Tapi ia merujuk kepada kemampuan membina harta dan kekayaan.
Maaf kalau saya katakan, semua penjenayah adalah orang miskin. Mereka jadi hilang akal apabila mereka berhadapan dengan wang! Pantang ada peluang, mereka akan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti rasuah, mencuri, curi tulang dan sebagainya.
Itulah mentaliti orang miskin, sekalipun mereka ada banyak harta tapi semuanya dengan cara tidak bermoral, menindas dan menzalimi pihak lain dan bukan dengan usaha kerja keras titik peluh sendiri.
Hayati kisah di bawah:
Pada suatu hari, seorang Pak Guard bank menjumpai sebuah beg yang berisi penuh dengan wang. Beliau mengambil beg tersebut dan memulangkan kembali kepada pengurus bank.
Orang ramai mengatakan dia bodoh sebab tiada siapa akan tahu jika dia mengambil wang tersebut dan boleh hidup kaya raya tanpa perlu bekerja sebagai Pak Guard lagi.
Setahun kemudian, bank berkenaan menawarkan jawatan sebagai juruwang kepada Pak Guard tersebut. 3 tahun selepas itu, beliau diberi tanggung jawab untuk menguruskan hal ehwal pelanggan dan 10 tahun selepas itu beliau diamanahkan menjadi pengurus bank tersebut yang menjaga ratusan pegawai di bawahnya!
Tatkala itu, bonus yang diterimanya saban tahun, jauh lebih besar daripada wang yang ditemui di dalam beg, 10 tahun dahulu.
Itulah perbezaan sebenar, orang kaya dengan orang miskin. Mindset!
Bill Gates dah lama rancang, cuma kita sahaja yang lalai!
Terjemahan secara bebas oleh Afyan Mat Rawi, IFP, penulis buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW.
Topik berkenaan mindset kewangan ada ditulis pada awal-awal buku ini. Selain kisah tentang Jutawan Felda, ada juga tentang kajian tahap kepuasan hidup orang-orang kaya dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang acah-acah kaya.
Klik link di bawah untuk dapatkan buku tersebut dan hadiah istimewa!
BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran