fbpx

Mengapa Caruman Takaful Berubah-Ubah ?

Dipetik dari fb Mohd Nur Rashid Ns berkenaan kenapa dan mengapa caruman takaful sentiasa berubah-ubah.

Soalan?

Seringkali saya mendapat pertanyaan berkenaan jumlah caruman takaful. Ada yang bertanya kenapa caruman beliau tinggi, kenapa harga caruman takaful mahal berbanding insurans, kenapa harga medikal kad akan naik, kenapa…kenapa…

Beginilah bila jadi ejen klien akan tanya macam-macam soalan. Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala? Hehe…

Saya bukan pakar dalam takaful. Saya akan jawab berdasarkan ilmu yang saya ada. Saya bukan guru cuma seorang biasa yang ingin berkongsi manfaat takaful dan ilmu pengurusan kewangan kepada umum.

Baiklah. Berbalik kepada soalan tadi.

Kenapa caruman takaful tinggi?
– Ianya mengikut umur seseorang individu tersebut. Semakin muda semakin rendah caruman. Begitulah sebaliknya.

Bila waktu sesuai untuk ambil takaful?
– Ketika muda dan sihat. Bukan ketika sakit. Takaful untuk orang sihat sahaja. Harap maklum.

Berapa caruman yang sepatutnya dibayar?
– Mengikut keperluan. Orang bergaji seribu tak sama caruman dengan orang bergaji 2 ribu. Orang bergaji 5 ribu tak sama dengan orang bergaji 10 ribu. Data dan maklumat yang betul sangat penting ketika berurusan dengan ejen takaful. Perlu diingat caruman takaful hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut:
Death/TPD = 10 tahun gaji
Critical Illness (early stage+end stage) = 3 – 5 tahun gaji
Personal Accident = 1 – 3 tahun gaji
Medical card = mengikut kesesuaian
Boleh buat semakan polisi jika perlu.

Kenapa harga takaful mahal berbanding insurans?
– Harga tak sama bagi setiap syarikat takaful. Boleh rujuk syarikat takaful masing-masing untuk kepastian. Lebih elok buat perbandingan antara produk takaful dengan takaful bukan produk takaful dengan insurans. Epal dengan epal bukan epal dengan pisang. Paham ke paham?

Kenapa harga medikal kad naik?
– Harga perubatan di Malaysia semakin naik saban tahun. Begitu juga medikal kad. Kadar tuntukan perubatan lebih tinggi berbanding tuntutan-tuntutan lain. Jika tuan/puan mencarum produk Investmet Linked, boleh semak berapa cash value yang terkumpul. Ianya berguna untuk membantu ketika harga medikal kad meningkat bukan dikeluarkan untuk tujuan peribadi.

Banyak lagi soalan yang saya terima. Cukuplah dulu setakat ini. Semoga bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca sehingga habis.

Sekian.

Rashid
INFAQ Consultancy
Plan Your Wealth, Change Your Life!

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com