Mengapa ejen takaful perlu belajar DIRECT APPROACH
Masa mula-mula saya menyertai bisnes takaful pada tahun 2003 dulu, antara aktiviti yang diajar kepada saya ialah DIRECT APPROACH.
Sama ada dengan cara buka kaunter atau buat market survey, diajar oleh guru takaful pertama saya, Tn Hj Isa Sabitan.
Melalaui aktiviti ini, ejen perlu approach sesiap yang mereka nampak dan target, ketika aktiviti dilakukan. Kadang kala ia juga dikenali sebagai “cold-canvassing” atau “eagle-eye”.
Ketika awal permulaannya jadi ejen, aktiviti inilah yang paling rasa susah dan paling “memalukan” berbanding aktiviti lain seperti Dial Time, appoinment, presentation dan sebagainya.
Memalukan di sini bukan bermaksud mengaibkan, tapi rasa malu yang maha tebal dalam diri.
Tambahan pula, saya sebenarnya seorang yang introvert dan pemalu 😌
Mungkin ramai yang tak tahu bahawasanya saya seorang pemalu. Tapi bagi yang mengenali saya sejak kecil terutama ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan sekolah , tahu hakikat perkara ini.
Jadi, aktiviti seumpama ini adalah aktiviti yang sebolehnya saya lakukan paling minima atau kalau boleh nak elakkan.
Lantaran itu saya membangunkan platform marketing online seperti blog dan FB ketika awal-awal saya menceburi bidang kewangan dan takaful ini. Ia kini mencakupi hampir semua media sosial yang ada.
Apapun aktiviti direct approach ini masih releven hingga sekarang. Lama juga saya tinggalkan aktiviti ini, lebih-lebih lagi 2 tahun ber-PKP.
Kalau dulu masa mula-mula belajar teknik direct approach, muka rasa tebal semacam. Rasa macam semua orang pandang kita. Tapi sebenarnya ia hanyalah perasaan sahaja. Perasan je lebih… Mana la orang ramai-ramai nak perhatikan kita sorang.
Sebelum bagi salam, saya baca surah ayat-ayat lazim, baca ayat qursi, selawat dan segala macam ayat pelindung supaya tak kena reject.
Tapi itu duluuuuuuu…. Practise makes perfect. Perfect practise makes perfect. Apabila sudah dilakukan dan dipaksa lakukan berulang-ulang-ulang-ulang kali, ia sudah tidak jadi sukar. Ia tidak lagi kekok.
Kelebihan bagi perunding takaful yang menguasai teknik direct approach ini, ialah mereka boleh melakukan aktiviti bisnes setiap masa.
Ia boleh dilakukan ketika di kedai makan, di pasaran raya, sambil bershopping, sambil hantar anak sekolah, sambil jalan-jalan, sambil minum di Starbucks, sambil naik Grab dan sebagainya.
Ia tidak semestinya terus agresif dan terus cerita tentang takaful. Ia sebaiknya dimulakan dengan perkenalkan diri dan minta izin. Kalau prospek menolak, terus tinggalkan dan tak perlu memaksa. Mungkin prospek sedang ada urusan lain yang kita tidak ketahui.
Tadi berkesempatan bersama rakan-rakan warga Takaful IKHLAS Central untuk lakukan aktiviti #ikhlasgegar2022 ini. Bermula daripada HQ di Bangsar South kemudian turun ke LRT Kerinchi sebelum bergerak sari satu stesen ke satu stesen lain.
Ada rakan-rakan yang berpengalaman kena approach oleh ejen takaful dengan cara ini?
Jika reject, reject la secara baik. Kecuali kalau ada yang jenis agresif. Hehe…
Atau ada ejen-ejen takaful yang biasa lakukan aktiviti sebegini?
Boleh kongsikan pengalaman anda.
Ada yang berminat untuk sertai team kami di INFAQ Consultancy?
Boleh baca dulu posting di bawah sebelum buat keputusan
Baca di sini untuk maklumat lanjut
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran