fbpx

Mengapa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan kecemasan dan masalah kewangan: Analisis tabiat menyimpan dan menjana hutang

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 302Words
  • 506Views

Infografik ini daripada Berita Harian Online

  • Majoriti rakyat Malaysia tidak ada simpanan kecemasan 1,000! Ini merupakan info yang menyedihkan.
  • Manakala hanya 20% rakyat Malaysia yang mempunyai wang kecemasan simpanan 3 bulan gaji.
  • Hanya 10% yang mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan gaji sebagai simpanan.
  • 17% sahaja yang memiliki perlindungan takaful

Statistik ini tidak jauh bezanya dengan sebelum-sebelum ini. Ia bukan berlaku hanya disebabkan pendemik dan PKP semata.

Majoriti masalah kewangan tidak datang secara tiba-tiba. Ia datang secara “ansuran”.

Contohnya orang yang mempunyai masalah simpanan, bermakna selama ini dia langsung tidak mempunyai tabiat menyimpan.

Jika tabiat menyimpan ini diamalkan daripada muda, contohnya 100 sebulan, tak sampai setahun sudah ada 1000, dalam akaun simpanan.

Kenapa tidak mampu menyimpan? Bukan tidak mampu, tapi tidak ada kesedaran dan tindakan kenapa perlu menyimpan.

Kita lebih cenderung untuk berbelanja setiap kali dapat gaji dan hasilnya tiada simpanan dibuat di hujung bulan.

Jadi, masalah majoriti rakyat Malaysia bukanlah tidak ada simpanan, tetapi tidak ada tabiat menyimpan yang betul.

Sama juga dengan masalah keberhutangan yang tinggi. Ia bukan berlaku secara tiba tiba.

Orang yang mempunyai masalah hutang, “dipupuk” tabiat tersebut sejak daripada kali pertama dapat gaji.

Contohnya apabila sejak muda hendak memiliki kereta melebihi setahun gaji apabila terpengaruh dengan orang lain. Mula-mula hutang kereta, selepas setahun tidak ada duit untuk bayar renew road tax dan takaful kereta, kita apply kad kredit. Buat hutang baru.

Selepas itu, kita bayar hutang kad kredit paling minima sehingga ia mencecah limit. Selepas beberapa tahun apply pula personal financing 10 tahun untuk buat total settlement Hutang kad kredit.

Ia hanya gali lubang tutup lubang. Masalah kewangan tidak selesai juga, malah bertambah-tambah.

Apabila berlaku begini, kita akan cenderung untuk menyalahkan pihak lain. Kita menyalahkan gaji tak cukup, menyalahkan majikan, menyalahkan kerajaan, menyalahkan Anwar Ibrahim / DAP / UMNO / PAS / TGHH / Bank Negara / Israel / Yahudi / Zionis /

Pendek kata, semua salah kecuali diri sendiri

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila keluar kempen Menu Rahmah, ada pihak yang claim bahawa…