fbpx

Cabaran untuk forex trader: Wujudkan platform trading online forex yang patuh syariah seperti bank!

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 182Words
  • 368Views

Lagi hujah dangkal geng forex.

Dulu mereka kata, “Bank boleh pula buat forex?”

Saya jawab, kalau nak guna hujah “bank buat forex” untuk menjustifikasi forex trading yg mereka lakukan tu sama, kena la buat sama macam bank

  • bank lantik pegawai syariah untuk menjalankan operasi forex
  • kemudian, bank ada penasihat syariah utk memastikan pegawai syariah jalankan kerja ikut lunas syariah,
  • bank akan lantik audit syariah luar untuk memastikan semuanya dilakukan dengan betul
  • akhir sekali report dihantar ke BNM utk semakan dan audit terakhir

Jadi, saya mencabar geng forex untuk buat macam bank buat sebab hujah mereka kata “bank boleh pula buat forex?”,

Kalau itu hujah mereka, kena la buat sama macam bank buat baru adil.

Lepas saya cabar, datang pula hujah baru macam ni. Katanya, cabaran tu sepatutnya dibuat oleh kerajaan.

Apalah cerdik sangat geng forex ni?

Sebab dah ada kajian terperinci pasal forex trading lah, ia difatwakan haram sebab tak ada mana-mana paltfom online forex trading yang mematuhi syariah.

Lantaran itulah saya cabar mereka wujudkan platform trading online forex yang patuh syariah.

Amacam? Ada berani?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended