fbpx

Mengapa mangsa sontot jarang membawa kes ke mahkamah

  • 4 days ago
  • 2Minutes
  • 280Words
  • 14Views

Dalam sebuah posting di group Peguam & Pengguna Malaysia (PPM), nama saya ditag di ruangan komen.

Dalam posting tersebut, seorang pelabur QM bertanya pandangan ahli group, bagaimana caranya untuk dapat balik duit pelaburannya berjumlah 8k.

Cadangan saya mudah sahaja. Boleh kumpulkan pelwbur-pelabur lain yang menerima nasib sama. Kemudian berpakat untuk lantik seorang peguam dan bawa kes ke mahkamah. Sebelum ini pernah diceritakan dah ada pelaburan yang buat dan dapat duit. Ketika itu hanya hantar surat tuntutan dan tidak sampai ke peringkat perbicaraan.

Tapi berdasarkan pengalaman saya berhubung dengan mangsa-mangsa Alfafa, Tok Belagak, Kopi Pak Belalang dan sebagainya, mereka ni tak buat begitu.

Ada beberapa sebab:

1. Meraka sudah kehabisan duit, jadi sudah tidak ada duit lagi untuk melantik peguam.

2. Mereka tidak yakin boleh menang.

3. Tak berbaloi lantik peguam. Duit bayar peguam sama banyak duit yang nak dituntut.

4. Mereka serba salah, kalau lantik peguam dan bawa ke mahkamah tentu syarikat akan senarai hitam nama mereka sebagai pelabur bermasalah.

5. Meraka malu mengaku kesalahan meraka. Jika bawa kes ke mahkamah dan dapat liputan media, mereka malu nama mereka sebagai mangsa sontot.

Itulah biasanya justifikasi yang biasa saya terima. Sebab itu jarang sekali dengar kes mangsa sontot seumpama ini dibawa ke pengadilan.

Masa melabur ada duit pula. Ada yang siap bergolok bergadai, hutang sana sini. Masa nak lantik peguam tak ada duit.

Masa melabur tak ingat dunia. Apabila dah tersontot, barulah cari bantuan sana sini.

Dan sebab itu sehingga kini Norsham Alfafa, Tok Belagak Darul Emas Perak, Rozaini Kopi Pak Belalang masih bebas.

Inilah harga cukai kebodohan untuk menuju ke #nerakawang

Daripada bayar cukai kebodohan untuk ke #nerakawang, lebih baik bayar yuran kepandaian yang jauuuuuuh lebih rendah dalam #SeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Glitch di Google Map vs Waze. Dalam banyak keadaan saya…