fbpx

Mengapa masalah kewangan masih tak selesai walaupun pendapatan bertambah?

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 532Words
  • 343Views

Pernahkah kita mengalami situasi seperti ini?

Masa pertama kali bekerja dengan gaji RM1,500, kita rasa gaji tersebut banyak dan mencukupi. Tetapi tidak lama selepas itu, kita merasakan gaji itu tidak lagi mencukupi.

Wang gaji selalu habis pada hujung bulan dan tidak mencukupi untuk disimpan. Di dalam hati kecil kita berkata, “Kalau aku dapat tambahan pendapatan RM500 lagi, tentu masalah kewangan aku akan teratasi.”

Maka selepas itu, kita bekerja keras, melakukan kerja sambilan atau mencari pekerjaan tambahan dan mendapat gaji sebanyak RM2,000. Pada mulanya, kita merasa gaji tersebut banyak, tetapi ia tidak berkekalan.

Wang gaji masih habis pada hujung bulan dan tidak mencukupi untuk disimpan. Pada ketika ini, naluri kita berkata, “Seandainya aku mendapat gaji sebanyak RM3,000, kehidupan aku akan menjadi lebih baik dan aku boleh menyimpan.”

Maka kita terus bekerja keras sehingga mencapai pendapatan sebanyak RM3,000. Tetapi perkara yang sama berulang. Pada awalnya, kita merasakan gaji tersebut banyak, tetapi sebenarnya ia tidak berpanjangan.

Wang gaji masih habis pada hujung bulan dan tidak mencukupi untuk disimpan. Pada ketika ini, kita berfikir, “Jika aku mendapat gaji sebanyak RM5,000 sebulan, masalah akan selesai. Aku akan mempunyai lebih banyak wang, dan aku boleh menyimpan.”

Kemudian kita mengulangi kitaran yang sama = bekerja keras + melakukan kerja sambilan + mencari pekerjaan lain = sehingga kita memperoleh jumlah gaji yang lebih besar, iaitu RM5,000.

Adakah masalah kewangan kita selesai?

Mengapa ini terjadi?

Adakah masalah kewangan kita selesai apabila pendapatan bertambah?

BELUM TENTU.

Masalah kehabisan duit pada hujung bulan dan ketidakmampuan untuk menyimpan tetap berlaku walaupun pendapatan meningkat.

Perkara yang sama yang berlaku ketika bergaji RM1,500 masih berulang ketika gaji meningkat menjadi RM5,000. Wang gaji selalu habis pada hujung bulan, dan tidak mencukupi untuk disimpan.

Ia akan berulang-ulang-ulang-ulang-ulang sehingga Abang Jamil…..

Pernahkah ia berlaku kepada anda?

Kenapa ianya berlaku?

Ini disebabkan oleh cara berfikir kita yang tetap sama semasa pendapatan meningkat dari RM1,500 kepada RM2,000, RM3,000, dan RM5,000.

Dengan cara berfikir yang masih sama, jika kita mendapat pendapatan RM10,000, kita masih akan mengulangi masalah yang sama.

Secara logiknya, jika pendapatan meningkat, pastinya akan ada lebihan wang pada hujung bulan dan kita dapat menyimpan, bukan?

Namun, yang berlaku adalah apabila pendapatan semakin besar, perbelanjaan juga semakin besar. Kita cenderung untuk menghabiskan lebih banyak. Kita mula menukar kepada kereta yang lebih besar. Kita membeli rumah yang lebih besar.

Akhirnya, kita terjebak dalam “rat race”.

Seperti pepatah Melayu yang mengatakan “Makin besar periuk, makin besar keraknya”. Padahal, sekarang kita menggunakan rice cooker, jadi keraknya tidaklah tebal. Kita memiliki TM6, jadi kerak tidak wujud.

Mengapa ini berlaku? Ianya disebabkan oleh cara berfikir dan mindset kita. Dari situ lahirlah habit dan tindakan yang membawa kepada apa yang berlaku.

Jadi, bagaimana untuk mengubahnya? Kita perlu mengubah cara berfikir. Mengubah mindset. Apabila ini berubah, secara perlahan-lahan ia akan mengubah habit dan tindakan kita. Perkara ini dijelaskan secara terperinci dalam buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E).

Dalam buku ini, terdapat 7 langkah demi langkah untuk mengumpulkan kekayaan guna mencapai FIRE dan juga 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti bagi mencapai FIRE.

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apa hukum pergi haji dan masuk bahagian korban guna duit…