Menjejaki kekayaan dan kebebasan kewangan: Realiti jutawan dan acah-acah jutawan
Sepanjang proses saya menulis buku-buku kewangan, terutama yang terkini buku F.I.R.E Financial Independence Retire Early atau #BukuFIRE, memang saya terfikir soalan-soalan sebegini diajukan.
“Dah kaya ke?”
“Dah jadi jutawan ke?”
“Dah retire ke?”
“Dah berapa banyak harta?”
“Kata dah retire, kenapa kerja lagi?”
“Ni mesti jadi kaya sebab jual buku”
Saya serba salah untuk “menunjuk” kerana ia bertentangan dengan ciri-ciri jutawan yang saya kaji dan dijadikan bahan rujukan serta hasil penulisan dalam buku tersebut.
Antara jutawan yang saya jadikan contoh seperti Sdra Khairul Aming, Sdra Saiful Nang, Pn Ainon Mohd, Dato’ Ameer Ali Mydin, dan ramai lagi – mereka tak pernah pun mengaku jutawan dan menunjuk-nunjuk.
Dan ia berbeza dengan orang yang acah-acah jutawan, seperti sesetengah founder produk, leader bisnes networking & MLM, ejen takaful & unit trust, trader forex, artis, selebriti, influencer dan sebagainya.
Atas dasar itu, biarlah pegawai LHDN sahaja yang tahu kekayaan saya. Hahahah!
Namun, saya sampaikan secara tidak langsung di dalam buku tersebut. Bagi pembaca yang membaca buku ini, akan dapat mesej yang disampaikan.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran