fbpx

Adab Sebelum Ilmu

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 509Words
  • 307Views

Saya jarang share kalau ada orang datang consult kewangan dengan saya sebab itu bukan core bisnes saya.

Sebab tak ada lesen untuk kenakan caj consultation kewangan. Hahaha…

Kalau open nanti, tak terlayan pula. Dah la tak boleh caj.

Saya pun ingat-ingat lupa Puan ini suami isteri datang ke ofis saya. Saya terima sebab tengok kesungguhan pagi mereka.

Jadi, tolong jangan tanya utk sesi consultation. Nak mudah, boleh dapatkan e-Seminar Bijak Merancang Wang di eSeminarBMW

Dalam tu ada 17 video dan 2 ebook. Boleh mengadap saya sampai lebam

 

Dipetik dari Fb Nurul Atiqah Salim 

ADAB SEBELUM ILMU

Kekadang kita tak perasan kan, apa saja ilmu yang menjadikan kita sebagai manusia lebih baik, di sana pasti kerana ada guru yang mengajarkannya kepada kita.

Yang kita faham ilmu mengaji dan ilmu yang ditimba secara formal di institut pengajian sahaja yang kita hormati gurunya. Ilmu memasak katakan ada gurunya juga yang mengajarkan resipi kepada kita. Pendek kata semua aspek ilmu wajib ada gurunya.

SITUASI 1

Saya nak belajar ilmu kewangan dengan Tuan Afyan Mat Rawi, saya kejar beliau dan sanggup ikut masa beliau semata-mata nak belajar dengan beliau. Dari awal tahun saya cuba dapatkan beliau, hujung tahun baru dapat jumpa.

Itupun saya dalam perjalanan balik ke Kedah dari Johor, sanggup masuk ke KL semula nak sangat jumpa. Bukan tu sahaja, saya juga tanya siap-siap berapa caj yang dikenakan, tak kisah berapa saya sanggup bayar sebab saya sangat hargai masa yang beliau luangkan untuk saya. Takde minta nasihat percuma sebab saya nak ilmu tu berkat dan beliau tak rasa ralat mengajar saya.

Saya juga faham berapa kos yang beliau telah habiskan untuk dapatkan ilmu dan kemudiannya mengajarkannya pula kepada orang lain.

SITUASI 2

Sepanjang saya menjual Maad Popia, ramai orang telah meminta resepinya. Dalam ramai-ramai yang minta saya sangat hargai apabila ada yang sanggup bayar, tak meminta secara percuma. Bukan saya nakkan bayaran tapi yang saya nak tekankan di sini adab sebelum ilmu.

SITUASI 3

Sepanjang saya berkongsi tentang cara saya urus kewangan dan beli rumah lebih kurang 2 minggu kebelakangan, ramai yang tanya secara personal berkenaan tips yang boleh dikongsi.

Dalam ramai-ramai yang bertanya, saya boleh nampak perbezaan yang ketara antara mereka yang beli ebook yang saya rekomen dan tak beli. Apa perbezaannya? Adab dengan ilmu.

Yang beli ebook, orang tu jugalah yang sanggup bayar untuk dapatkan resepi Maad Popia. Tak mudah-mudah minta tips/resepi percuma.

Ada juga di kalangan mereka yang terus contact untuk beli ebook tu adalah mereka yang saya kenal secara personal merupakan orang yang sangat beradab dengan ilmu, nampak tak kesungguhan mereka dengan ilmu itulah yang menjadikan mereka insan yang hebat dalam bidang mereka.

SITUASI 4

Ada juga Syeikh yang mengajar Quran di suatu tempat yang dirahsiakan, yang meminta bayaran dari murid yang tidak komited tetapi beliau tidak mengambil bayaran walau sesen pun dari murid yang komited dan beradab dengan beliau.

KESIMPULAN

Untuk mendapat sesuatu yang mahal dan bermanfaat, kita perlu menjaga adab dan tidak bermudah-mudah dalam menuntut ilmu. Usah berkira dengan guru kita, siapa pun dia. Boleh jadi guru itu lebih muda dari kita, tetap perlu hormati.

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
HIBAH TAKAFUL RM100 sebulan utk cover sehingga RM1,200,000 Manfaat Kematian…