fbpx

Mindset juara vs. mindset mangsa: Pilihan hidup yang menentukan kepada kita

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 294Words
  • 266Views

Saya ada kongsikan screenshot satu komen seorang ayah yang berkongsi pengalaman beliau melabur dan sekaligus mendidik anak sulung.

Selepas posting tersebut, saya terima respon yg pelbagai.

Ada yang positif dan mengambil ia sebagai pengajaran.

Dan seperti biasa, akan ada yang memandang sinis dan memberi pelbagai justifikasi, seperti

“Tak semua org dapat peluang yang sama”

“Mana nak dapat dah rumah macam tu”

“Kisah tu dah tak sesuai sekarang, sekarang harga rumah mahal”

“Gaji dulu dengan sekarang lebih kurang je, tapi harga barang naik banyak”

Saya hanya senyum sahaja. Sudah biasa menerima feedback sebegini apabila berkongsi tip-tip kewangan.

Perkara ini pernah saya tulis dalam buku F.I.R.E Financial Independence Retire Early, #BukuFIRE berkenaan cara fikir orang yang berminda juara dengan yang berminda mangsa.

Hidup adalah apa yang kita pilih.

Kita tak dapat tentukan apa yang parent lakukan kepada kita. Tapi kita sebagai parent boleh pilih apa yang kita boleh buat ke atas anak-anak kita kelak.

Bukan tanggungjawab kita kalau kita lahir miskin. Tapi jika kita hidup dan mati dalam keadaan miskin, itu adalah tanggungjawab kita.

Hidup adalah apa yang kita pilih.

Orang yang mempunyai minda mangsa, apabila baca kisah di atas akan menyalahkan keadaan dan mencari alasan.

Manakala orang yang mempunyai minda juara pula akan mengambil pengajaran dan mencari jalan.

Orang yang berminda mangsa akan mempunyai 3 cara fikir berikut:

1. Suka memberi alasan

2. Suka menyalahkan pihak lain dan keadaan

2. Suka bersungut.

Perkara ini saya kongsikan dalam buku Financial Independence Retire Early. Saya adaptasi ia daripada buku-buku lain yang saya pernah baca juga.

Berdasarkan kajian terhadap ramai jutawan, mereka hampir tiada 3 perangai ini.

Jadi, jika kita dapat elakkan daripada lakukan 3 perkara tadi, hidup kita akan lebih dipermudahkan.

Siapa yang pilih untuk berminda juara atau yang berminda mangsa? Kita sendiri.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sepanjang proses saya menulis buku-buku kewangan, terutama yang terkini buku…