Menjimatkan gaji dan mencapai kecemerlangan masa hadapan melalui prinsip ‘Delay Gratification’ atau menangguhkan kepuasan
Prinsip ‘delay gratification’: Menjimatkan gaji & mencapai kecemerlangan masa hadapan
1. Delay gratification atau menangguhkan kepuasan ini adalah kemampuan diri sendiri mengawal kepuasan segera demi untuk mencapai kejayaan dan kepuasan masa hadapan.
2. Ia juga mengajar erti kesabaran.
3. Lawan kepada perkara ini adalah “instant gratification” iaitu keinginan untuk mendapat kepuasan segera.
4. Orang yang mempunyai habit mendapat kepuasan segera biasanya tidak mampu untuk menyimpan, bersikap boros, mudah berhutang dan segala macam habit yang membawa ke #nerakawang
5. Bagi orang yang mempunyai habit “delay gratification”, mereka biasanya mampu mengamalkan tabiat menyimpan, berjimat cermat, berbelanja berhemah, tidak ada hutang keliling pinggang dan sebagainya.
6. Habit dan mindset ini boleh dilihat sedari muda dan akan membawa ke alam pekerjaan sehingga akhir sekali membawa kepada usia persaraan.
7. Jika ketika belajar, selalu menghabiskan wang biasiswa untuk bertukar gajet dan mengejar trend, ia akan dibawa ke alam pekerjaan apabila mendapat gaji.
8. Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, mereka berkira-kira untuk berbelanja kononnya “reward” diri sendiri. Beli kereta melebihi setahun gaji, seterusnya boros belanja dan akhir sekali tidak mampu untuk menyimpan.
9. Kesannya, duit gaji sentiasa tidak cukup, kemudian membawa kepada hutang keliling pinggang dan akhir sekali akan bersara dalam keadaan tertekan.
10. Bagi yang mengamalkan “delay gratification” sejak daripada zaman belajar lagi boleh aturkan kewangan dengan baik setiap kali menerima wang saku / PTPTN / biasiswa dan sebagainya.
11. Apabila bekerja, mereka tidak terikut-ikut trend kopi hipster, bertukar gajet dan sebagainya. Hasilnya, mereka mampu untuk menyimpan dengan baik.
Pilihan di tangan masing-masing.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran