fbpx

Afyan: Untold Story | Pengalaman nak kahwin yang nyaris terhalang akibat obses bisnes

  • 10 months ago
  • 3Minutes
  • 585Words
  • 271Views

Semalam saya kongsikan cerita yang jarang-jarang diceritakan. Acah-acah untold story. Baca di sini

Pengalaman selepas grad, terpengaruh dengan idea gila Robert Kiyosaki dan obses nak buat bisnes. Dan lepas buat miskin, hidup miskin, duduk menumpang, dan menjadi asnaf zakat.

Ia rentetan sebuah komen katanya saya tak pernah hidup miskin. Jadi, saya kongsikan bahawa hidup kita boleh berubah sekiranya kita ada kesedaran. Awareness before change.

Antara sebab ramai orang tidak mahu berubah kerana mereka selesa dengan kehidupan mereka sedia ada, walaupun hidup susah.

Ada perkara yang lebih susah daripada susah, iaitu berubah.

Dalam posting itu juga, saya ada kongsikan pengalaman masa saya kahwin dulu, tak ada kerja tetap sebab gila nak jadi bisnesman.

Siapa yang belum baca kisah yang saya kongsikan semalam, baca di sini.

Kemudian, ada seorang rakan komen,

“Dalam keadaan macam tu, Tuan Afyan boleh decide untuk kawin ye. Mind blowing ni kalau cerita ni pergi dekat TikTok🤣

Rata2 dalam group jodoh, akan meletakkan financial and emotional stable sebagai KPI calon. Saya juga tidak lari dengan meletakkan syarat tersebut kepada diri saya sebelum bernikah.

Kagum dengan semangat tuan😊

Ketika saya kongsikan tadi, tak terfikir sangat pasal kahwin. Itu hanyalah sebahagian kronologi daripada cerita saya itu.

Lepas baca komen ini, terus teringat satu kisah yang tak dapat dilupakan.

Al kisahnya begini…

Sebaik sahaja grad, saya ziarah rumah gelfren saya untuk jumpa ibu bapanya. Saya bagitau plan saya nak berniaga dan taknak keja gaji kat family gelfren.

Masa tu gelfren masih belajar kat UIA dalam bidang yang sama, dan akan grad dalam 2 tahun lagi.

Ketika final year, saya isi borang apply Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), macam rakan-rakan lain final year lain.

Apabila dapat panggilan exam PTD tu, saya dah decide tak nak amik exam tu sebab terlalu obses dengan idea Robert Kiyosaki.

Lepas tu saya cerita la perkara tu kat gelfren saya. Tak lama lepas tu, dapat mesej lebih kurang macam ni.

“Betul ke abang taknak ambil exam PTD?”

“Ya, abang nak buat bisnes”

“Abang ambil je exam tu”

“Nanti kalau lulus, kena jadi PTD. So, abang bakar jambatan habis-habisan”

“Tapi….. Mak suruh Abang ambil exam PTD”

“Bagitau je Mak, abang betul-betul nak buat bisnes”

“Tapi mak cakap, kalau Abang taknak ambil exam PTD, dia, tak nak bagi kahwin”

“Haaaaa????!!!!”

Aduh, diluah mati emak, ditelan mati bapa.

Bukan, diluah kena datang exam PTD, ditelan tak dapat kahwin 😆

Mana boleh jadi, beb!

Jadi, untuk elak rasa bersalah dan tak nak menipu, maka saya pergi je exam PTD tanpa persediaan.

Tapi sebelum keluar dewan dah tahu dah tak lulus, sebab jawapan objektif guna pen dan tak jawab paper 2 🤣

Memang datang exam secara terpaksa, sebab gelfren suruh.

Jadi, bila ditanya boleh jawab “Abang ambil exam PTD hari tu. Tapi tak ada rezeki”

Tapi saya tak cerita lah yang saya jawab soalan objektif tak guna pensel macam yang diminta. Masa tu saya ambil exam PTD di Sekolah Convent Sentul.

Alhamdulillah, the rest is history dan dapat kahwin 😍

Bayangkan kalau tempoh hari saya ambil exam dengan penuh persediaan dan sekarang saya sebagai PTD?

Apa agaknya saya jadi sekarang? 😅

Nak sambung lagi ke cerita #AfyanUntoldStory ni? Hihi…

Saya juga ada ceritakan kisah perjalanan bisnes dan kewangan saya dalam buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E a.k.a #BukuFIRE

Dalam buku ini saya kongsikan 3 buah buku yang mengubah hidup saya, salah satunya buku-buku Rich Dad Poor Dad.

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai betul yang tanya saya pasal FIS. Jujur, saya tak…