fbpx

Afyan: Untold Story | Pengalaman jadi miskin dan asnaf zakat selepas grad akibat terpengaruh buku Robert Kiyosaki

  • 11 months ago
  • 4Minutes
  • 643Words
  • 710Views

Ada sebuah komen berbunyi:

“Sebab tu saya cakap tuan tak pernah merasa miskin, merasa macam mana nak makan pun takda bila hilang pendapatan, tuan sembang semua taraf orang kaya2.”

Meh sini saya ceritakan….

Pendapatan bulan pertama RM150

Alkisah… Selepas grad dulu saya decide untuk tidak kerja makan gaji. Ada beberapa sebab.

Antara sebab, saya tak berminat untuk bekerja dalam bidang undang-undang. Sementelah, saya masuk UIA dalam bidang undang-undang suatu ketika dahulu, dalam keadaan tidak minat sebenanrnya.

Alhamdulillah, walaupun saya tak minat, tak ada subjek law yang fail. Lepas grad, gambar konvo pun saya tak ambil sampai ke sudah.

Sebab kedua, terpengaruh dengan Tuan Guru Robert Kiyosaki selepas membaca buku Rich Dad Poor Dad dan Cashflow Quadrant.

Dalam buku itu mengajar kita perkara yang tak pernah diajar dalam mana-mana buku yang pernah saya baca sebelum ini.

Belajar > grad > buat bisnes > dapatkan pendapat pasif

Kesannya apa?

Saya hidup miskin selepas grad. Pendapatan bulan pertama RM150. Hahaha! Padan muka!

Tempat tinggal pun di sebuah markaz pengajian di Kg Nakhoda, Batu Caves (sekarang jadi bangunan PASTI).

Konon nak berniaga tapi banyak terlanggar dinding.

Masih segar dalam ingatan, arwah Ustaz Zakaria Mamat, mantan Imam Masjid Kg Nakhoda menghulurkan wang zakat kepada saya untuk membantu kewangan saya.

Masa tu perasan berbaur-baur. Terharu, gembira, segan.

Terharu, sebab ada orang yang prihatin dengan nasib saya.

Gembira, sebab dapat duit. Siapa tak gembira oiii.

Segan, sebab ada degree law, tapi jadi penerima zakat.

Saksi hidup ketika itu, yang juga banyak berjasa kepada saya ialah Ustaz Hasbullah Ridzwan, bekas Adun Gombak Setia yang tinggal di Kg Nakhoda, Batu Caves.

Seorang lagi ialah Sdra Damanhuri Dol, yang tinggal bersama saya di markaz berkenaan. Sekarang beliau pegawai Hal Ehwal Parlimen & Global di Terengganu Strategic & Integrity Institute – TSIS.

Masa ni saya buat macam-macam bisnes, konon nak jadi macam Robert Kiyosaki 😆

Masa tu dah jadi pun ejen takaful. Tapi jadi secret ejen 007 😆

Saya buat juga bisnes seperti printing, jual buku, jadi fasi, jadi runner dan sebagainya. Zaman tu tak ada lagi Food Panda atau Grab Food, jika ada sayalah antaranya.

Memang degil taknak makan gaji. Rela hidup begini daripada bekerja di bawah orang lain.

Keadaan itu berlarutan sehingga berkahwin, 3 tahun selepas grad. Kemudian barulah menyewa rumah. Takkanlah nak duduk di markaz lagi lepas kahwin, kan? Hahah

Masa kahwin, isteri masih belajar. Income hanya bergantung kepada saya yang tidak tentu. Tapi gatal nak menikah!

Mula bersinar

Tapi semangat untuk berniaga tu masih tebal. Banyak kali juga isteri dan ibu pujuk saya untuk cari kerja tetap makan gaji.

Hanya lepas dapat anak sulung, 2 tahun selepas kahwin, barulah nampak sinar. Pendapatan pasif daripada bisnes takaful mula terasa dan saya tinggalkan bisnes-bisnes lain.

Siapa berminat join bisnes takaful bersama saya untuk jadi dapatkan income extra, klik link di bawah. Saya buka intake untuk Untuk Jun

Over sangat ke saya cerita ni?

Saya nak kongsikan bahawa setiap orang ada peluang untuk berubah. Juga saya nak kongsikan bahawa saya pernah hidup miskin sebelum apa yang ada hari ini.

Point penting saya nak beritahu ialah, masalah kewangan dapat kita atasi apabila kita mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai kesedaran untuk berubah.

Benda pertama yang perlu diubah ialah cara fikir. Inilah is mindset. Dalam kes saya di atas, mindset saya dipengaruhi oleh cara fikir Robert Kiyosaki.

Kisah ini ada dikongsikan sebahagiannya dalam buku Financial Independence Retire Early.

Nak saya sambung lagi cerita ini? Kalau ada ramai like dan komen, insya Allah saya sambung.

Dalam bukuFIRE, saya kongsikan lebih lanjut bagaimana saya terpengaruh dengan cara fikir Robert Kiyosaki yang seterusnya menyebabkan saya taknak makan gaji.

Juga ada lagi 2 buku lain yang mempengaruhi saya selepas 10 tahun saya membaca buku Robert Kiyosaki, yang menyebabkan ada beberapa perkara Robert Kiyosaki saya tolak.

Kalau nak tahu detail, boleh dapatkan buku Financial Independence Retire Early

UPDATE: Sambungan kisah #AfyanUntoldStory Bboleh baca di link FB ini. Klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Prinsip ‘delay gratification’: Menjimatkan gaji & mencapai kecemerlangan masa hadapan…